28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mek Yun & Abe Wee Dipuji Netizen, Tak ‘Menunggang’ Mana-Mana Isu – ‘Mok, Pok Berjaya Didik Mereka Hormat Kaum & Agama Lain’

    Shopee Sale

    Seorang individu tampil memuji Mekyun dan Abe Wee sebagai pempengaruh yang menghasilkan konten di media sosial.

    Artikel Berkaitan: ‘Tak Salah Orang Bukan Islam Nak Cuba Puasa, Asalkan Tidak Langgar Akidah’ – Mekyun

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abe Wee Kongsi Satu Keluarga Boleh Baca Doa Makan, Pilih Lebih Berhati-Hati – ‘Tak Mahu Jadi Isu’

    Pujian

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu menyifatkan Mekyun dan Abe Wee sebagai pempengaruh yang jujur dalam menghasilkan konten yang berkait dengan agama lain.

    Selain itu, individu terbabit turut memuji didikan kedua ibu bapa pempengaruh tersebut yang berjaya mendidik anak-anak menghormati semua kaum dan agama.

    Pempengaruh yang tak menunggang setakat ini Mekyun dan Abe Wee.

    Tak dapat puasa, meraka cakap saja tak larat.

    Satu lagi, tutur kata keluarga ini memang terbaik. Tidak menjerit-jerit atau menangis di media sosial.

    Ibu bapa memang berjaya didik mereka menghormati kaum dan agama orang lain dengan baik.

    Dalam pada itu, ciapan tersebut meraih perhatian Mekyun dan Abe Wee yang terharu dengan pujian individu terbabit terhadap kandungan yang dihasilkan.

    Terima kasih.

    Bangun pagi, baca ramai komen positif dan ramai sokong keluarga kita dari semua negeri di Malaysia.

    Gembira dan terharu betul.

    Sumber: Threads @ticermastura

    MENARIK:  ‘Dia Juga Sedang Belajar Tentang Hidup’ – Riena Diana Titip Pesanan Layan Pasangan Dengan Baik

    The post Mek Yun & Abe Wee Dipuji Netizen, Tak ‘Menunggang’ Mana-Mana Isu – ‘Mok, Pok Berjaya Didik Mereka Hormat Kaum & Agama Lain’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah