29.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Maya Karin Harap Tahun Baharu Beri Kebahagiaan Buat Diri & Kejayaan Dalam Karier

    Shopee Sale



    Pelakon Maya Karin berharap tahun 2025 dapat memberikan kebahagiaan dan kejayaan buat dirinya sebagai anak seni.

    Kalau tiada rezeki, tiada juga

    Menurut Maya, dia berharap dapat bertemu jodoh yang baik pada tahun ini. Pada masa yang sama, dia menyerahkan segala urusan tersebut kepada Allah.

    Saya harapkan kebahagiaan ‘personal’ (peribadi) dan kejayaan dalam industri seni.

    Kalau soal jodoh, insya-Allah, kalau ada, sudah tentu ia menjadi suatu perkara yang baik untuk saya. Tetapi, perkara itu paling tidak boleh ditentukan untuk diri sendiri.

    Saya memang fikir dan berusaha. Namun, ia bukan dalam kawalan saya. Sama seperti kerja, kalau kita buat dan beri yang terbaik, berdisiplin, tidak tidur serta sebagainya, namun, kalau tiada rezeki, tiada juga.

    Malah, walaupun kita tulis surat cinta, kalau tidak disambut betul-betul, hendak buat macam mana. Kita tak boleh paksa hati orang.

    Terima Anugerah Usahawan Madani 2024

    Sementara itu, Maya yang baru sahaja menerima Anugerah Usahawan Madani 2024 anjuran Dewan Perniagaan Datuk Dato’ Malaysia di sebuah hotel, baru-baru ini, turut meluahkan rasa terharu apabila dia menerima anugerah berkenaan berikutan pencapaiannya dalam bidang seni.

    Saya terharu dan gembira sebab bekerja keras untuk industri kreatif. Sudah tentu pengiktirafan ini bagus buat kita. Anugerah ini istimewa buat saya.

    Sekadar info, Anugerah Usahawan Madani 2024 merupakan sebuah acara yang meraikan 60 tokoh keusahawanan negara dari pelbagai bidang. Anugerah anjuran Dewan Perniagaan Datuk Dato’ Malaysia (DPDDM) dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

    MENARIK:  [VIDEO] Rebecca Fikir Panjang Sebelum Buat Video Balas Terhadap Shahida – ‘Kenapa Dia Tak WhatsApp Saya..Bukankah Kita Keluarga?’ 

    Menurut Presiden DPDDM, Datuk Seri Nor Hasnal bin Hashmi berkata, Anugerah Madani ini adalah inisiatif pertama bersama INSKEN yang bertujuan untuk merapatkan hubungan antara usahawan-usahawan di seluruh negara.

    Anugerah ini diberikan berdasarkan kapasiti dan pencapaian yang telah kami analisis sepanjang tahun 2024. Ia merangkumi pelbagai kepakaran, daripada golongan profesional sehingga separa mahir, untuk memberikan galakan dan inspirasi kepada generasi baru.

    Nor Hasnal turut menyatakan bahawa DPDDM menyasarkan untuk melahirkan 1000 usahawan dalam tempoh enam bulan akan datang melalui pelbagai kaedah dan platform yang telah dirancang.

    Turut hadir duta Rusia di Malaysia dan usahawan-usahawan dari Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura serta Tan Sri Syed Mohd Yusuf Tun Syed Nasir (Penasihat Korporat DPDDM) dan YM Tengku Dato Dr. Hismuddin Zaizi (Penasihat Utama DPDDM).

    Pada majlis tersebut beberapa artis turut menerima Anugerah Usahawan Madani & Selebriti Negara. Antara penerima Anugerah Madani dan selebriti negara, Maya Karin, Datuk Ifa Raziah, Datuk N.D.Lala, Poey Sting, Keena Mentor, Halim Othman, Datuk Ayu Putih, Nazeera Sardi, Datuk Malek Reduan, Datin Ira Ghani dan lain-lain lagi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah