
Konflik keluarga yang melibatkan anak-anak usahawan terkenal Bonda Rozita Ibrahim dengan pelakon Rebecca Nur Al-Islam telah mencetuskan kontroversi hangat dan menyorot perhatian ramai.
Cari populariti?
Replying to @buletin.tiktok Part 2. Credit youtube astrogempak #fyp #berandatiktok #berandafyp #bikinpanas #gosip #rebecca #bondarozitaibrahim #aliffsyukri
? Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound
Menerusi perkongsian di Youtube Astro Gempak, Rebecca atau nama lengkapnya Rebecca Nur Al Islam Ahmad pada awalnya menyangka Datin Shahida hanya melakukan konten.
Saya terkejut dengan video yang dikeluarkan oleh dia. Saya berfikir panjang untuk mengeluarkan video balas.
Pada mulanya saya terfikir dia mungkin saja-saja dan hanyalah konten. Tetapi selepas itu saya rasa ia bukan konten sebab caranya agak kasar.
Tindakan tersebut telah membuatkan Rebecca tertanya-tanya, mengapakah pihak mereka tidak berkomunikasi dengannya andai ada sebarang masalah atau rasa tidak puas hati.
Kenapa dia tak boleh WhatsApp saya? Bukankah kita keluarga?
Sepertimana manusia lain, kita semua ada sifat-sifat kita, jadi datanglah video saya itu dalam keadaan yang marah.
Kenalan baik

Menurut aktres berusia 39 tahun itu, mereka adalah kenalan sebelum ini malah dia pernah menerima jemputan untuk ke majlis anjuran usahawan tersebut.
Selama ini ada jemputan majlis, awak boleh WhatsApp saya.
Banyak majlis mereka yang saya hadir antaranya pelancaran produk, beg tangan. Sebelum Bonda Rozita berkahwin dengan abang saya pun kami adalah kenalan.
Lainlah kalau kita ini musuh dan tak pernah baik, saya terkejut.
Saya pun takut nak gunakan perkataan kawan, risau nanti ada yang kata kami over pula.
Terdahulu, Rebecca menyorot perhatian ramai selepas didakwa mencetuskan kekecohan apabila memuat naik video menjawab tuduhan menumpang populariti perkahwinan abangnya bersama Bonda Rozita apabila sering memuat naik gambar dan video mereka bersama.





