24.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Marsha Ada Sebab Tersendiri Beri Teguran Berlapik – ‘Komen Yang Kasar Kalau Saya Pun Rasa Susah Nak Terima’

    Shopee Sale

    Penyanyi Marsha Milan, menjelaskan mengenai pendekatan yang diambil oleh barisan juri program realiti Borneo Rising yang dikatakan sangat berlembut ketika memberikan komen kepada peserta.

    Artikel Berkaitan: Marsha Milan ‘Postponed’ Lancar MV ‘Tangisan Seorang Pendosa’, Tanda Soladariti GSF – ‘Semoga Allah Lindung Mereka’

    Respon Marsha 

    Ketika ditemui , Marsha berkata, tiada keperluan untuknya bersikap terlalu tegas terhadap para peserta kerana baginya rata-rata memberikan persembahan yang memuaskan.

    Selain itu, kesalahan yang dilakukan mereka masih lagi wajar diterima dan dengan memberi komen positif mungkin akan lebih membantu meningkatkan mutu persembahan.

    Pertama sekali, kalau anda tengok setiap minggu, sebenarnya kesemua peserta ini bagus. Saya rasa mereka boleh jadi pelapis yang seterusnya. 

    Tidaklah saya kata saya positif sangat. Saya masih lagi memberi input-input untuk mereka ke peringkat seterusnya.

    Cuma saya rasa terlalu awal juga, dan saya rasa kesalahan yang mereka buat itu macam masih lagi boleh diterima. 

    Jadi, sebab itu saya pun bukannya nak sangat cakap benda yang garang-garang atau kasar sebab tiada guna kerana ia tidaklah teruk sangat.

    Marsha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media lagu Cinta Di Akhir Garisan 2.0 di Marriott Hotel, Petaling Jaya pada Khamis.

    Dalam masa yang sama, Marsha turut mengulas tentang perbezaan juri program realiti dahulu, yang dilihat lebih tegas dan garang.

    MENARIK:  [VIDEO] Azeva Natassha Dedah Pernah Dijaga Peminat Wanita Ameng – ‘Mereka Main Patung Barbie Dengan Saya’

    Menurut Marsha, dia yakin pemberian komen dan teguran yang lebih positif akan diterima baik oleh peserta, sekaligus memberi semangat untuk memperbaiki setiap kesalahan. 

    Saya rasa sebagai seorang manusia, bila saya menerima komen yang kasar dan tiada ayat berlapis positif itu, saya pun rasa susah nak terima.

    Jadi sebab itu saya berlapis setiap kali memberi komen. Sebab benda ini kalau kita pilih pendekatan yang tidak menarik, penerimaan dia pun jadi tidak seronok.

    Asas mereka dah kuat. Ketika saya berbincang dengan music director pun, mereka boleh color arrangement ini sebab orang-orang yang bertanding semua jenis yang boleh bawa apa yang kita sajikan kepada mereka juga.

    Saya dapat tahu yang arrangement pun ada yang buat sendiri, ada yang mereka tunggu dan betulkan apa-apa yang patut dengan music director. 

    Macam zaman-zaman saya semasa AF2, kami memang ikut sebiji. Kami tidak ada unsur-unsur cuba nak mewarnakan atau memberi apa-apa pendapat.

    The post Marsha Ada Sebab Tersendiri Beri Teguran Berlapik – ‘Komen Yang Kasar Kalau Saya Pun Rasa Susah Nak Terima’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah