Servis kesihatan awam negara bakal melangkah ke era baharu menerusi inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA). Usaha ini dibawakan khas hasil kerjasama rentas kementerian antara Kementerian Komunikasi (menerusi MCMC) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tujuannya mudah adalah untuk mantapkan lagi penyampaian perkhidmatan kesihatan buat rakyat menerusi ketersambungan digital dan teknologi yang lebih bersepadu.
Turun padang tengok perkembangan

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil sendiri dah turun padang ke Klinik Kesihatan Padang Besar, Perlis semalam untuk tinjau perkembangan pelaksanaan PERSADA.
Sepanjang lawatan tu, beliau diberi taklimat serta menyaksikan sendiri demonstrasi penyelesaian digital yang bakal menyokong ekosistem kesihatan negara termasuklah penggunaan Rekod Perubatan Elektronik (EMR) dan pelbagai aplikasi ketersambungan perkhidmatan.
Misi utama PERSADA
Bukan sekadar perbincangan di atas kertas, inisiatif ini merangkumi beberapa fokus utama:
- Naik naik taraf ketersambungan: Memperkukuh rangkaian internet/digital di klinik kesihatan dan hospital seluruh negara.
- Sokong EMR: Memastikan pelaksanaan Rekod Perubatan Elektronik berjalan lancar.
- Teknologi baharu: Meneroka penggunaan teknologi terkini untuk meluaskan akses perkhidmatan kesihatan kepada orang ramai.
Aspirasi ‘Satu Individu, Satu Rekod Kesihatan’

Bila ketersambungan dah makin mantap, perkongsian maklumat kesihatan pun akan jadi jauh lebih lancar. Ini secara tak langsung menjadi asas kepada impian negara untuk merealisasikan aspirasi ‘Satu Individu, Satu Rekod Kesihatan’.
Apa kelebihannya pada kita?
- Pindah fasiliti tanpa masalah: Rekod kesihatan korang kekal bersambung (continuous) walaupun pergi berubat di fasiliti atau lokasi berbeza.
- Pengalaman rawatan lebih teratur: Proses jadi lebih tersusun dan lancar.
- Masa menunggu makin singkat: Bila inisiatif ni dilaksanakan sepenuhnya kelak, majoriti pesakit dijangka bakal menerima rawatan dalam tempoh kurang daripada satu jam sahaja!
Suntikan dana RM1 Bilion

Sebagai rekod, inisiatif PERSADA pernah menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM1 bilion pada Ogos lalu termasuk tambahan RM350 juta yang diumumkan oleh kerajaan.
Dana besar ini disalurkan khas bagi memperkukuh ketersambungan, sistem digital, dan infrastruktur sokongan untuk seluruh rangkaian kesihatan awam negara.
The post Inisiatif PERSADA: Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu Pasal Sistem Kesihatan Digital RM1 Bilion Negara first appeared on OHBULAN!.





