24.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    5 Fakta Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel Yang Ramai Masih Salah Faham

    Shopee Sale

    Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel kedengaran mudah, tetapi masih ramai yang keliru tentang cara ia berfungsi.

    Lebih-lebih lagi apabila pelbagai andaian mengenai subsidi diesel dan kelayakan BUDI MADANI terus muncul di media sosial. Ada yang menyangka kelayakan akan dipotong, geran kenderaan akan bertukar nama atau penerima akan mendapat tambahan liter baharu.

    Sebenarnya, ada beberapa perkara penting yang perlu difahami supaya tak tersalah anggap tentang pelaksanaan subsidi bersasar ini.

    Jadi, sebelum percaya bulat-bulat apa yang dikongsikan di media sosial, ini lima perkara mengenai Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel yang korang perlu tahu.

    1. Penerima dapat liter kelayakan baharu? Ini yang sebenarnya berlaku

    Pemindahan kelayakan bukan bermaksud penerima mendapat tambahan liter di luar kelayakan yang ditetapkan.

    Sebaliknya, penerima yang diluluskan akan mendapat kelayakan bulanan sendiri berdasarkan kenderaan yang ditetapkan kepadanya. Setiap penerima akan dapat 300 liter sebulan. Bagi pengguna jip dan pikap, pemilik berdaftar boleh memohon 100 liter kelayakan tambahan bulanan.

    2. Pindah kelayakan BUDI Diesel, geran kenderaan pun bertukar nama?

    Pemindahan kelayakan tidak bermaksud hak milik kenderaan turut berpindah.

    Walaupun kelayakan subsidi dipindahkan kepada individu lain yang menggunakan kenderaan berkenaan, nama pemilik berdaftar pada geran kenderaan kekal seperti asal.

    Mudah cerita, yang berpindah adalah kelayakan subsidi, bukannya pemilikan kenderaan.

    3. Perlu hantar borang dan dokumen ke LHDNM?

    Satu lagi perkara yang mungkin mengelirukan ialah proses permohonan.

    Pemilik berdaftar boleh membuat permohonan Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel melalui Portal BUDI MADANI atau secara fizikal di Pejabat LHDNM.

    Permohonan kemudiannya akan melalui proses semakan berdasarkan maklumat pemilik, penerima dan kenderaan yang dikemukakan.

    Jadi, pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat supaya proses permohonan berjalan dengan lancar.

    4. Kelayakan BUDI Diesel akan dibahagi dua?

    Ada yang menganggap apabila kelayakan dipindahkan kepada individu lain, kelayakan pemilik akan terus dibahagi dua.

    MENARIK:  Luna Maya Profesional Lakukan Babak Intim Dalam ‘Main Api’, Set Penggambaran Dikawal Ketat & Kad Memori Dipegang Orang Tertentu

    Sebenarnya, bukan begitu.

    Setiap penerima yang diluluskan akan menggunakan kelayakan bulanan masing-masing berdasarkan kenderaan yang ditetapkan kepadanya.

    Bagi pemilik yang mempunyai lebih daripada satu kenderaan diesel persendirian, kelayakan juga boleh dipindahkan mengikut kenderaan yang dipilih dan ketetapan yang ditetapkan.

    Senang bagi contoh: andaikan Azman memiliki empat kenderaan diesel. Tanpa pemindahan kegunaan, kelayakan Azman ialah 300 liter sebulan. Had kelayakan ini adalah berdasarkan individu.

    Jika Azman memindahkan hak penggunaan salah satu kenderaan diesel kepada Johari, kedua-dua Azman dan Johari akan menerima kelayakan sebanyak 300 liter masing-masing.

    Maksudnya, pemindahan kelayakan bukan sekadar membahagikan satu kelayakan kepada dua individu.

    5. Dah mohon, terus boleh guna? Ini tarikh yang perlu diingat

    Kalau korang merancang untuk membuat Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel, bahagian ini memang penting.

    Permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 27 haribulan bulan, semasa bagi membolehkan kelayakan digunakan mulai 1 haribulan bulan berikutnya selepas permohonan diluluskan.

    Sebagai contoh, permohonan yang dikemukakan selewat-lewatnya pada 27 September boleh membolehkan kelayakan digunakan mulai 1 Oktober, tertakluk kepada proses semakan dan kelulusan.

    Jangan anggap sebaik sahaja permohonan dihantar, kelayakan tersebut boleh terus digunakan di stesen minyak pada hari yang sama.

    Jangan keliru, semak maklumat BUDI Diesel daripada sumber rasmi

    Dengan pelbagai maklumat yang berlegar di media sosial, memang mudah untuk keliru antara fakta sebenar dengan andaian.

    Kalau masih ada persoalan mengenai kelayakan BUDI Diesel atau proses Pemindahan Kelayakan, semak maklumat terkini melalui portal rasmi BUDI MADANI di www.budimadani.gov.my.

    Lebih baik semak daripada sumber rasmi daripada tersalah faham berdasarkan maklumat yang belum tentu sahih.

    The post 5 Fakta Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel Yang Ramai Masih Salah Faham first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah