Memiliki rumah sendiri sememangnya satu impian, tetapi pelbagai kos yang perlu difikirkan kadangkala boleh buat ramai teragak-agak untuk mengambil langkah pertama.
Menerusi kempen XFFORTLESS, IJM tampil dengan pelbagai tawaran yang boleh menjadikan perjalanan memiliki kediaman lebih mudah dan fleksibel.
38 bulan free stay*? Memang menarik!
Antara tawaran utama XFFORTLESS ialah free stay sehingga 38 bulan*, memberi lebih fleksibiliti kepada pembeli dalam merancang perjalanan pemilikan rumah.
Bukan itu sahaja, ada banyak lagi manfaat yang menanti menerusi tiga teras utama kempen ini iaitu X’ordinary, X’clusive dan X’tra.
Ganjaran tunai sehingga RM160,000*
Menerusi X’ordinary Freedom, pembeli berpeluang menikmati ganjaran tunai sehingga RM160,000*.
Kalau korang tengah kira-kira bajet untuk memiliki rumah sendiri, ganjaran ini pastinya boleh menjadi nilai tambah ketika merancang komitmen kewangan.
Banyak lagi kos yang boleh dijimatkan
Tak cukup dengan ganjaran tunai, pembeli juga boleh menikmati pelbagai penjimatan menerusi X’clusive Savings. Antaranya:
- Ansuran kadar faedah 0% sehingga RM300,000*
- Yuran penyelenggaraan percuma sehingga 10 tahun*
- Yuran guaman SPA dan pinjaman percuma*
- MOT percuma*
- Keahlian kelab rekreasi percuma*
- Pakej kelengkapan rumah percuma*
- Langganan internet percuma*
Daripada yuran berkaitan pembelian rumah hinggalah ke kelengkapan dan keperluan selepas memiliki kediaman, tawaran ini memberikan lebih nilai kepada pembeli.
Dah beli rumah, dapat iPhone 18 Pro* pula?
Menariknya, X’tra Rewards turut menawarkan ganjaran tambahan buat pembeli.
Bagi korang yang menandatangani SPA hari ini, terdapat peluang untuk membawa pulang iPhone 18 Pro*.
Malah, peluang meraih ganjaran bukan hanya untuk pembeli. Menerusi program referral, anda juga boleh memperoleh ganjaran sehingga RM100,000*.
Lebih banyak manfaat, lebih mudah memiliki rumah
Dengan tawaran merangkumi free stay sehingga 38 bulan*, ganjaran tunai sehingga RM160,000*, penjimatan pelbagai kos serta ganjaran tambahan, XFFORTLESS hadir untuk memberikan lebih banyak fleksibiliti kepada korang yang sedang mencari kediaman impian.
Jadi, kalau sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki rumah sendiri, mungkin sudah tiba masanya untuk lihat apa yang XFFORTLESS tawarkan.
*Untuk hartanah terpilih. Tertakluk kepada terma dan syarat.
The post Nak Beli Rumah Tapi Risau Kos? XFFORTLESS Tawar Free Stay 38 Bulan & FREE iPhone 18 Pro! first appeared on OHBULAN!.





