Penyanyi Azmi Saat, berkongsi dia menerima pelbagai tawaran kerja termasuk yang di luar bidang seni.
Artikel Berkaitan: ‘Kami Golongan OKU Tak Minta Dilayan Seperti Raja, Cuma Harapkan Layanan Sepatutnya’ – Azmi Saat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azmi Saat Berang Isteri Dakwa Dilayan Kasar Pegawai Bank Di Cheras – ‘Kami Hanya Buta Bukan Bodoh’
Terima banyak tawaran

Menerusi hantaran di Threads, Azmi atau nama lengkapnya Khairul Azmi Muhammad Saat, 39, mengakui menerima tawaran termasuk membaca doa, berkongsi pengalaman hidup, menjadi juri program serta melawak.
Kebelakangan ini, banyak pula tawaran kerja yang bukan nyanyian.
Baca doa untuk majlis, berkongsi pengalaman sebagai pemuzik dan OKU buta, jadi juri dan ada juga yang panggil untuk melawak.
Menurut Azmi, pada awalnya dia menolak untuk menerima tawaran-tawaran tersebut, berikutan ia adalah di luar kepakarannya.
Namun, pelantun lagu Hanya NamaMu itu mengubah persepsinya untuk terus mencuba meskipun tawaran berkenaan bukan bidangnya.
Awalnya saya tolak juga.
Tapi bila yang bagi peluang tu kata saya boleh buat, rasa macam tak patut pula kalau tak cuba. Jadi, kita cuba sajalah apa yang termampu.
Kalau dah cuba tapi tak boleh atau tak minat, tak payah buat lagi.
Sumber: Threads
The post Azmi Saat Terima Banyak Tawaran Luar Bidang Nyanyian – ‘Baca Doa, Jadi Juri & Dipanggil Untuk Melawak’ first appeared on OHBULAN!.





