25.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mimifly, Siti Nurhaliza Dominasi AIM25 – Ini Senarai Penuh Pemenang

    Shopee Sale

    Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) menyaksikan beberapa nama besar industri muzik tanah air membawa pulang trofi menerusi karya yang dipertandingkan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Syukur 14 Pencalonan AIM25, ‘Gema Bumantara’ Jadi Kemenangan Buat Semua

    Kejayaan di AIM25

    Antara yang mencuri perhatian ialah Mimifly yang meraih lima kemenangan manakala Datuk Seri Siti Nurhaliza membawa pulang empat trofi.

    Selain itu, Aisha Retno dan Alpha turut meraih lebih daripada satu kemenangan pada edisi Jubli Perak AIM25.

    Untuk edisi kali ini, AIM25 menerima kira-kira 600 pencalonan membabitkan karya yang diterbitkan sepanjang 1 Januari hingga 31 Disember 2025.

    Berikut senarai penuh pemenang AIM25:

    Mimifly – 5 kemenangan

    1. Video Muzik Terbaik – Temberang
    2. Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik – Temberang
    3. Lagu Perayaan Terbaik – Serumpun
    4. Lagu Paling Tinggi Ditonton di TikTok – Serumpun
    5. Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu – Nara

    Datuk Seri Siti Nurhaliza – 4 kemenangan

    1. Lagu Terbaik – Pesanan Buat Diri
    2. Vokal Wanita Terbaik – Kesuma
    3. Kolaborasi Artis Tempatan bersama Artis atau Komposer Luar Negara Terbaik – Cenderamaya
    4. Lagu Tradisional Terbaik – Pesanan Buat Diri

    Siti sebelum ini muncul sebagai artis dengan jumlah pencalonan tertinggi apabila mengumpul 14 pencalonan menerusi lapan kategori.

    Aisha Retno – 2 kemenangan

    1. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – O.R.B.I.T
    2. Rakaman Album Terbaik – [RE.HAB]

    Alpha – 2 kemenangan

    1. Artis Baharu Terbaik – Mona Lisa
    2. Lagu Pop Terbaik – P Ramlee Saloma

    Hael Husaini & Nadeera

    • Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik – Peluk

    Arddley Nicholas

    • Vokal Lelaki Terbaik – Sandiwara Cinta

    Inteam

    • Vokal Kumpulan Terbaik – Satukan Kami Di Syurga

    Sekumpulan Orang Gila (SOG) feat. Amir Masdi

    • Kugiran Terbaik – Mahkota

    Hazama & Farouk Roman

    • Runut Bunyi Terbaik dalam Filem atau Drama – Aku Bukan Narsisis

    Faizal Tahir & Mimpi

    • Lagu Rock Terbaik – Bila Sampai Waktu

    Yonnyboii & Malique

    • Lagu Rap/Hip Hop Terbaik – Tanya Tuhan

    MENARIK:  Sami Buddha Maut Ketika Selamatkan Anjing Tersepit, Terkena Renjetan Elektrik

    Yise Loo

    • Lagu Cina Tempatan Terbaik – Love Yourself

    Buggimaan

    • Lagu India Tempatan Terbaik – Pache Maina

    Halim Ahmad

    • Lagu Nasyid Terbaik – Fitnah Akhir Zaman

    Marsha Milan & Amir Jahari

    • Lagu Etnik Terbaik – Pelangi Pasti

    Marsha Milan

    • Kulit Single/Album Terbaik – Misompuru

    Akim & The Majistret

    • Rakaman Lagu Terbaik – Gasoline

    Naim Daniel & Adnin Roslan

    • Lagu Paling Tinggi di Strim – Seni Berdamai Dengan Takdir

    Hael Husaini & Iqie Hugh

    • Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Ditonton di YouTube – Meriah Lain Macam

    Noh Salleh feat. MC Syze

    • Lagu Perpaduan Terbaik – Matahari Malaya

    Anugerah Khas Sri Wirama – Ella

    Legenda rock negara, Ella, pula menerima Anugerah Khas Sri Wirama, sebagai pengiktirafan khas dalam edisi Jubli Perak AIM.

    Di samping itu, AIM25 turut menerima peningkatan peruntukan Dana Kandungan Kreatif (DKK) kepada RM950,000, berbanding RM700,000 pada AIM24.

    Menerusi peruntukan itu, pemenang 15 kategori terpilih menerima geran DKK bernilai RM50,000 setiap satu, manakala pemenang Album Terbaik Tahun Ini menerima geran sebanyak RM200,000.

    Antara kategori yang menerima geran RM50,000 ialah Lagu Terbaik, Artis Baharu Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Etnik Terbaik, Lagu Tradisional Terbaik, Lagu Perpaduan Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik, Lagu Cina Tempatan Terbaik, Lagu India Tempatan Terbaik, Video Muzik Terbaik, Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Hip Hop Terbaik, Lagu Pop Terbaik serta Lagu Runut Bunyi (OST) Terbaik dalam Filem/Drama.

    AIM25 turut memperkenalkan dua kategori baharu iaitu Lagu Borneo Terbaik dan Lagu Perayaan Terbaik, sebagai sebahagian daripada pengisian edisi Jubli Perak yang buat pertama kali berlangsung di Sarawak.

    Malam kemuncak AIM25 berlangsung pada 26 September 2026 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak, sekali gus mencipta sejarah apabila anugerah berkenaan buat pertama kali dianjurkan di negeri tersebut.

    The post Mimifly, Siti Nurhaliza Dominasi AIM25 – Ini Senarai Penuh Pemenang first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah