25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Syukur 14 Pencalonan AIM25, ‘Gema Bumantara’ Jadi Kemenangan Buat Semua

    Shopee Sale

    Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan 14 pencalonan diterima pada Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) sebagai satu penghargaan terhadap usaha yang dilakukan menerusi karya-karyanya.

    Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Dominasi AIM25 Dengan 14 Pencalonan, Ini Senarai Penuh Setiap Kategori

    Satu penghargaan

    Bagi penyanyi berusia 47 tahun itu, berada dalam senarai finalis sudah cukup membanggakan, terutama apabila antara karya yang mendapat pengiktirafan adalah daripada album Gema Bumantara yang mengetengahkan muzik berteraskan tradisional.

    Alhamdulillah, saya sebenarnya bersyukur kerana usaha untuk memberikan yang terbaik untuk Gema Bumantara itu terhasil apabila sampai dicalonkan untuk 14 kategori.

    Sampai ke peringkat akhir dah menjadi satu kebanggaan untuk saya sebab saya memperjuangkan irama tradisional ini bukan untuk diri saya tapi untuk industri dan juga untuk generasi akan datang.

    Dan apa pun keputusan saya terima dengan hati terbuka. Saya menghasilkan itu sudah menjadi satu kemenangan buat saya.

    Yang lain saya serahkan kepada juri yang profesional lah mengikut orang kata kepakaran mereka dan pendapat. Walau macam mana pun, Gema Bumantara ini dah sesuatu untuk saya dan kemenangan besar untuk saya juga.

    Untuk rekod, Siti menerima 14 pencalonan merangkumi lapan kategori di AIM25.

    Antaranya, lagu Kesuma tercalon dalam kategori Vokal Wanita Terbaik dan Lagu Tradisional Terbaik, manakala Gema Bumantara pula dicalonkan bagi kategori Album Terbaik dan Rakaman Album Terbaik.

    Empat karya daripada album berkenaan iaitu Kesuma, Rencong, Hujung Bumi dan Pesanan Buat Diri turut berada dalam senarai finalis bagi kategori Lagu Tradisional Terbaik.

    Selain itu, Siti turut menerima pencalonan menerusi Pesanan Buat Diri bagi kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Rakaman Lagu Terbaik, manakala Raya Nak Ke Mana? dicalonkan dalam kategori Lagu Perayaan Terbaik. Tiga karya kolaborasinya iaitu Cenderamaya, Kumbang Bunga bersama Lesti dan Jenjang Cinta turut tercalon dalam kategori kolaborasi antarabangsa.

    MENARIK:  Intan Najuwa Tuntut Keadilan Buat Zara Qairina – ‘Yang Salah Tetap Salah & Perlu Dihukum’

    Mengulas mengenai ramalan kemenangan, Siti memilih untuk menyerahkan keputusan kepada barisan juri yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.

    Ramalan tetap ramalanlah, tapi bagi saya, saya dengan hati terbuka. Macam saya katakan tadi, dah berjaya untuk banyak kategori pun dah satu kemenangan untuk diri saya, untuk Gema Bumantara sendiri sebab yang hadir dan yang support album ini bukan penyanyi sahaja tetapi pencipta lagu, penulis lirik, penyusun muzik dan juga penerbit. Jadi, ini untuk mereka.

    Untuk saya, saya menjadikan ia satu kenyataan untuk semua komposer muda yang nak mencipta lagu tradisional.

    Siti turut berharap usaha memperkenalkan muzik tradisional tidak terhenti sebagai satu trend bermusim.

    Menurutnya, dia mula melihat perkembangan positif apabila lebih ramai anak muda menghasilkan karya yang mempunyai elemen tradisional selepas Gema Bumantara diperkenalkan.

    Saya memang rasa macam dialu-alukan sangat dengan semangat untuk Gema Bumantara ini sebab selepas saya keluarkan album Gema Bumantara, saya dapat tengok semangat untuk generasi yang muda… ada yang keluarkan lagu berirama tradisional.

    Dan kebetulan event-event sebelum ini semuanya bertemakan tradisional. Kan? Jadi, saya memang rasa gembira dan yang paling penting saya tak nak dia bersiklus (bermusim). Saya nak sampai bila-bila.

    AIM25 berlangsung malam ini, di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak. Edisi jubli perak itu merupakan kali pertama AIM dianjurkan di Sarawak.

    The post [VIDEO] Siti Nurhaliza Syukur 14 Pencalonan AIM25, ‘Gema Bumantara’ Jadi Kemenangan Buat Semua first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah