26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Faisal Halim Kongsi Keadaan Ketika Disimbah Asid – ‘Saya Rasa Panas, Pedih & Tahan Kesakitan Itu’

    Shopee Sale



    Pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim berkongsi keadaan yang dialaminya sewaktu disimbah asid pada 5 Mei lalu.

    ‘Rasa panas & pedih’

    Dedah pemain sayap Harimau Malaya itu, dia berasa sangat panas dan pedih selepas disimbah bahan kimia tersebut.

    Pertama sekali, waktu saya mula-mula kena (disimbah asid), saya merasakan panas dan pedih dan menahan kesakitan.

    Tambah Faisal, dia berasa sedikit lega apabila segelintir orang ramai yang datang membantu memaklumkan apa yang terjadi kepadanya itu tidak terlalu bahaya.

    Namun, alangkah sedihnya dia apabila mendapati kecederaan yang dialaminya sangat bahaya sehingga boleh menggugat kariernya sebagai pemain bola sepak.

    Ada orang datang dan kata ini tak bahaya. Bila saya dengar ada yang kata macam itu saya macam, ‘Okay ini tak bahaya, masih semangat’.

    Tapi bila dah sekian lama, ianya sangat bahaya dan luar biasa.

    Faisal berkongsi perkara tersebut menerusi satu sesi sidang media yang dibuat pada tengah hari Khamis.

    Terdahulu, Faisal mengalami lecur tahap empat selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali sewaktu membawa anak dan isterinya ke sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.

    MENARIK:  Doakan Yang Terbaik Untuk Dolla - Azira Shafinaz

    Untuk rekod, kejadian khianat menimpa pemain bola sepak ini bermula apabila pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid telah disamun dan dipukul dengan sebatang besi boleh laras oleh dua lelaki dalam kejadian di Kuala Terengganu, Terengganu pada Khamis.

    Video

    " data-video-id="7379884508029422856">
    @official Replying to @amzar401 Faisal Halim berkaca mata apabila disoal tentang anaknya # #fyp #news #faisalhalim ? original sound – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah