30 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Manusia Lebih Menakutkan Daripada Hantu, Confessions Of A Shaman Angkat Kisah Dendam & Ilmu Hitam

    Shopee Sale

    Filem seram Thailand, Confessions of a Shaman mengetengahkan sisi gelap manusia menerusi kisah dendam, pengkhianatan dan ilmu hitam yang menjadi teras utama penceritaannya.

    Artikel Berkaitan: Liyana Jasmay Dedah ‘Pemuja Syaitan’ Terinspirasi Daripada Filem Slasher Era 2000-an – ‘Jarang Filem Malaysia Buat Genre Ini’

    Artikel Berkaitan: Di Sebalik Pemuja Syaitan, Liyana Jasmay Kini Lebih Berhati-Hati – ‘Kurangkan Cerita Goal Kepada Orang Kerana…’

    ‘Hantu bukan watak jahat’ – Pengarah

    Menariknya, naskhah ini tidak hanya bergantung kepada kemunculan makhluk ghaib untuk mencetuskan ketakutan, sebaliknya membawa mesej bahawa manusia sendiri mampu menjadi lebih kejam dan menakutkan apabila dikuasai dendam.

    Pengarahnya, Nathanon Cholumpi berkata, filem berdurasi 126 minit itu mengajak penonton melihat bagaimana penderitaan dan ketidakadilan boleh mengubah seseorang sehingga sanggup melakukan perkara di luar batas kemanusiaan.

    Menurutnya, elemen seram dalam filem berkenaan dibentuk menerusi konflik antara manusia, khususnya apabila seseorang yang pernah disakiti memilih untuk membalas dendam terhadap pihak yang bertanggungjawab.

    Pada saya, hantu dalam filem ini bukan watak jahat kerana kebanyakannya juga pernah menjadi mangsa ketidakadilan.

    Perkara yang benar-benar menakutkan ialah manusia yang sanggup menyakiti orang lain serta dendam yang mampu mengubah seseorang sepenuhnya.

    Dendam mengubah kehidupan seorang sami muda

    Kisah Confessions of a Shaman berpusat pada Tor lakonan Alek Teeradetch Metavarayuth, seorang sami muda yang terpaksa berdepan kehidupan penuh penderitaan selepas kehilangan ibunya dan menjadi mangsa kekejaman individu berpengaruh.

    Kecewa kerana gagal mendapatkan pembelaan menerusi saluran undang-undang, Tor akhirnya memilih untuk meninggalkan kehidupan sebagai sami.

    Dia kemudian berguru dengan Mor Tian, seorang bomoh berpengaruh yang dibawakan oleh Shahkrit Yamnarm, sebelum mula mendalami ilmu hitam.

    Dalam usahanya menuntut bela, Tor turut mempelajari amalan membangkitkan hong phrai, iaitu roh pendamping yang digunakan untuk membalas dendam terhadap individu yang pernah menzaliminya.

    Namun, tindakannya itu membawa Tor semakin jauh ke dalam dunia kegelapan apabila rahsia di sebalik amalan berkenaan mula terbongkar.

    Nathanon menjelaskan, pihak produksi turut memberikan perhatian kepada perkembangan latar belakang setiap watak bagi memastikan penonton memahami sebab yang mendorong mereka membuat sesuatu keputusan.

    MENARIK:  Sufie Rashid Dakwa 14 Orang Kena ‘Scam’ Beli Tiket Konsert Ernie Zakri

    Malah, jalan cerita asal yang diadaptasi daripada kisah popular The Ghost Radio turut dikekalkan inti patinya agar kekuatan penceritaan tidak terjejas.

    Beliau menyifatkan filem tersebut sebagai sebuah karya seram psikologi yang menggabungkan elemen supernatural dengan situasi yang dekat dengan realiti kehidupan manusia.

    Alek akui watak Tor antara cabaran terbesar

    Bagi Alek pula, membawa watak Tor bukanlah sesuatu yang mudah kerana dia perlu menggambarkan perubahan emosi seorang lelaki yang pada awalnya menjalani kehidupan biasa sebelum semakin tenggelam dalam dunia ilmu hitam.

    Jelasnya, Tor sebenarnya tidak pernah mengimpikan kekayaan mahupun kuasa, sebaliknya hanya menginginkan kehidupan yang stabil, kasih sayang dan penerimaan daripada masyarakat sekeliling.

    Bagaimanapun, kehilangan insan tersayang, penghinaan serta ketidakadilan yang terpaksa ditanggung akhirnya mengubah prinsip hidupnya.

    Alek turut berkongsi bahawa babak bersama watak ibunya menjadi antara adegan paling mencabar sepanjang penggambaran kerana hubungan tersebut merupakan satu-satunya tempat Tor meletakkan harapan.

    Dari aspek teknikal, Nathanon turut memberi perhatian kepada penggunaan kesan praktikal dan kesan khas bagi menghasilkan penampilan makhluk ghaib yang lebih meyakinkan.

    Teknologi imejan janaan komputer (CG) pula digunakan mengikut keperluan bagi memastikan setiap elemen supernatural dapat disampaikan dengan lebih berkesan kepada penonton.

    Selain Alek dan Shahkrit, filem ini turut dibintangi Denise Jelilcha Kapaun sebagai Mali, Am Amarin Nitibhon dan Boom Ranya Siyanont.

    Lebih menarik, naskhah berkenaan turut menampilkan kemunculan khas BamBam daripada kumpulan K-pop GOT7.

    Diadaptasi daripada kisah seram popular yang meraih lebih lapan juta tontonan menerusi The Ghost Radio, Confessions of a Shaman bakal menemui penonton di seluruh pawagam Malaysia bermula 5 November ini.

    Menerusi penceritaan yang menggabungkan elemen seram psikologi dan supernatural, filem ini mengajak penonton melihat bagaimana dendam mampu mengubah keperibadian seseorang, selain harga yang perlu dibayar apabila memilih untuk membalas kejahatan dengan jalan kegelapan.

    The post Manusia Lebih Menakutkan Daripada Hantu, Confessions Of A Shaman Angkat Kisah Dendam & Ilmu Hitam first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah