31.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fara Salleh Minta Shuk Lunaskan Yuran Taska Anak RM1,540 – ‘Nada Sakit Demam Satu Sen Tak Bagi’

    Shopee Sale

    Bekas isteri pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh meminta bekas suaminya melunaskan bayaran pendaftaran tahunan taska anak mereka, Elaine Nada berjumlah RM1,540.

    Artikel Berkaitan: Usia Genap Setahun, Fara Salleh Kongsi Wajah Anak – ‘Elaine Nada, Terima Kasih Buat Hidup Mommy Lebih Bermakna’

    Artikel Berkaitan: Fara Salleh Rayu Shuk Sahar Jadi Bapa Bertanggungjawab, Dedah Nafkah RM400 Tak Cukup Untuk Anak – ‘Bukan Ke Kau Hidup Mewah?

    Yuran taska anak

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Fara, 34, berkata dia tidak meminta Shuk menanggung keseluruhan kos berkenaan, malah bersedia menambah baki bayaran sekiranya bekas suaminya itu menyelesaikan jumlah yang diminta.

    Kepada Shukri Sahar, tak minta banyak pun. Minta selesaikan bil pendaftaran tahunan Nada saja RM1,540, selebihnya biar aku tambah.

    Kalau lambat daftar nanti taska penuh. Lagi pun ini saja tempat yang paling murah. Kawasan sini pendaftaran dan bulanan mahal. Tahun lepas Nada masuk bulan November dan sekarang playschool dia nak tutup.

    Dalam perkongsian sama, Fara mendakwa selama ini dia menanggung sendiri segala keperluan anaknya termasuk pakaian serta makan dan minum tanpa meminta bantuan kewangan daripada Shuk.

    Bukannya minta duit pergi jalan-jalan, aku jalan-jalan bawa Nada pun tak pernah minta satu sen daripada kau. Nada sakit demam pun satu sen tak bagi.

    Baju Nada, makan minum semua aku tanggung tanpa aku merentan. Tapi untuk taska ini ya aku kena bersuara sebab aku kena kerja. Kalau aku duduk rumah jaga Nada macam mana aku nak kerja?

    Transaksi nafkah

    Tidak terhenti di situ, Fara turut menyentuh mengenai perancangan mengadakan majlis akikah buat anak mereka yang dikatakan pernah dibincangkan pada Ogos lalu.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Nafkah Kena Ikut Kemampuan Suami, Tapi Wanita Berkerjaya Mahukan Perhatian..Itu Tak Boleh Dapat Dengan Duit’ – Madammu

    Dakwanya, Shuk ketika itu memberi alasan tidak mempunyai wang untuk menampung kos majlis yang sepatutnya berlangsung pada September.

    Bulan Ogos aku ada mesej kau untuk akikah Nada pada September. Tapi kau kata tak ada modal, sekarang dah bulan November masih tak ada modal untuk akikah anak?

    Dah tak mampu ke nafkahkan Nada? Aku jaga Nada 24 jam tanpa gagal. Aku beri Nada segalanya. Bahagian kau cuma aku minta selesaikan yuran tahunan Nada saja. Kerja mudah.

    Sementara itu, Shuk tampil mengemukan bukti transaksi pembayaran nafkah berjumlah RM1,000 selama empat bulan iaitu Ogos hingga November.

    Untuk rekod, Shuk berkahwin dengan Fara pada November 2023 di Thailand. Bagaimanapun, perkahwinan mereka berakhir selepas Shuk melafazkan cerai talak satu terhadap Fara menerusi panggilan telefon pada April 2025.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nada, yang kini berusia dua tahun.

    Sumber: Instagram

    The post Fara Salleh Minta Shuk Lunaskan Yuran Taska Anak RM1,540 – ‘Nada Sakit Demam Satu Sen Tak Bagi’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah