32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sufie Rashid Dakwa 14 Orang Kena ‘Scam’ Beli Tiket Konsert Ernie Zakri

    Shopee Sale



    Penganjur Sah Entertainment, Sufie Rashid meluahkan rasa syukur kerana dapat menyelesaikan masalah tiket Konsert Aura: Ernie Zakri, baru-baru ini.

    Ditipu penjual tiket tidak sah

    Menerusi temu bual bersama , Sufie berkata, 14 orang pembeli tiket konsert tersebut telah menjadi mangsa penipuan ‘ulat tiket’. Tambah Sufie, ia juga merupakan pengalaman pertama buat pihaknya berdepan dengan situasi sebegitu.

    Ada peminatnya yang datang dari jauh, dari Sarawak dan Brunei. Malah, ada dalam kalangan mereka yang ditipu oleh ‘penjual’ tiket tidak sah. Mereka membeli tiket daripada individu yang tidak sahih. Saya tak pernah alami pengalaman begini dan ini kali pertama.

    Ada yang salah beli tiket. Alhamdulillah, semua peminat dapat tempat duduk. Ini cabaran baharu untuk saya.

    Sementara itu, Sufie memberi nasihat kepada netizen agar mendapatkan tiket dan maklumat terperinci daripada pihak penganjur yang sah bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

    Saya nasihatkan mereka, di masa akan datang kalau tiket habis pun, cari kami (penganjur) sebab kadang-kadang sebulan sebelum konsert, kami akan lepaskan tiket untuk tempat duduk tambahan.

    Tapi, apa yang kami dapat daripada peminat-peminat Ernie sangat memuaskan hati. Mungkin ada hikmah dan ada sesuatu yang lebih besar selepas ini.

    MENARIK:  Kieran Kongsi Kesan Kemoterapi Akibat Kanser Prostat – ‘Saya Pura-Pura Kuat, Siang Okay Malam Berdenyut’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah