25 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hukuman Khidmat Masyarakat 120 Jam Tak Memadai, Remaja Rog*l Anak Saudara Hingga Hamil Diperintah Ke Henry Gurney

    Shopee Sale

    Seorang remaja yang melakukan sumbang mahram sehingga menyebabkan anak saudaranya hamil dan melahirkan anak diperintahkan ditahan di Sekolah Henry Gurney sehingga berusia 21 tahun.

    Artikel Berkaitan: Nenek 70 Tahun Didakwa Jadi Mangsa Rog*l Dua Jiran

    Artikel Berkaitan: Pesakit HIV Mengaku Rogol Wanita OKU, Dipenjara 10 Tahun & 5 Sebatan

    Diperintah ke Henry Gurney

    Perintah itu dibuat Mahkamah Rayuan selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan hukuman khidmat masyarakat selama 120 jam yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kangar pada 2024.

    Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azman Abdullah, Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan K. Muniandy memutuskan hukuman terdahulu tidak setimpal dengan keseriusan kesalahan dilakukan.

    Sementara itu, Hakim Hayatul Akmal yang membacakan keputusan berkata, ketika kejadian mangsa berusia 12 tahun manakala responden berumur 14 tahun.

    Kejadian berlaku ketika mangsa sedang tidur di rumah nenek mereka di Kuala Perlis antara jam 12.30 tengah malam hingga 5.30 pagi pada 14 Oktober 2021.

    Mangsa tidak menyedari kejadian itu dan apabila terjaga, mangsa mendapati ada kesan cecair berlendir pada bahagian kakinya. 

    Ibu mangsa membawa mangsa ke poliklinik pada 12 Mei 2022 selepas mendapati perut mangsa kelihatan membesar dan pemeriksaan mengesahkan mangsa mengandung lapan bulan pada masa tersebut.

    Mangsa sendiri tidak mengetahui bahawa dirinya telah dirogol, malah tidak menyedari dia sedang mengandung. 

    Asas siasatan kemudiannya mengenal pasti responden adalah pelaku kesalahan tersebut dan laporan kimia mengesahkan responden merupakan bapa kandung kepada bayi yang telah dilahirkan oleh mangsa.

    Mengulas hukuman terdahulu, Hayatul Akmal berkata laporan akhlak turut dipertimbangkan, namun ia bukan faktor tunggal dalam menentukan bentuk hukuman.

    Kami setuju bahawa perintah khidmat masyarakat selama 120 jam tidak memadai dan terdapat asas mencukupi untuk mahkamah menggunakan bidang kuasa bagi mengetepikan perintah tersebut, dan menggantikannya dengan suatu perintah setimpal.

    Walaupun hukuman dalam bentuk khidmat masyarakat telah selesai, mahkamah ini masih mempunyai bidang kuasa untuk mengubah hukuman tersebut dengan memerintahkan responden ditahan di Sekolah Henry Gurney berkuat kuasa hari ini sehingga mencapai umur 21 tahun seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 91(1)(f) Akta Kanak-Kanak.

    Terdahulu, pada 21 Februari 2024, Mahkamah Majistret Kangar memerintahkan lelaki itu menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan, selain pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selama dua tahun dan wajib melaporkan diri di balai polis setiap bulan.

    MENARIK:  Isteri Caprice Berang Dilabel Ahli Neraka, Dedah Wajah Manusia Mulut P*aka – ‘Kesian Anak-Anak Kalau Tahu Perangai Bapa Macam Tiada Akhlak’

    Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

    Dalam prosiding rayuan, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Arif Aizuddin Masrom, manakala responden diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Izleen Ismail.

    Sumber: Sinar Harian

    The post Hukuman Khidmat Masyarakat 120 Jam Tak Memadai, Remaja Rog*l Anak Saudara Hingga Hamil Diperintah Ke Henry Gurney first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah