33.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Setiap Manusia Buat Silap, Saya Yakin Amir Akan Terbang Tinggi Selepas Ini’ – Aedy Ashraf

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengarah, Aedy Ashraf percaya apa yang sedang dilalui sahabatnya, Amir Ahnaf ketika ini merupakan sebahagian daripada proses untuk seseorang bangkit semula selepas berdepan fasa diuji.

    Artikel Berkaitan: Qi Razali Jadikan Kejayaan Aedy Ashraf Sebagai Dorongan Bergelar Pengarah

    Artikel Berkaitan: ‘Bapa Aedy Pernah Jaga Saya & Abang Masa Kecil, Dia Selalu Sebut Nama Anak Dengan Bangga’ – Asyraf Khalid

    Nasihat sebagai kawan

    Aedy atau nama lengkapnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 33, berkata, seseorang yang ingin mencapai kejayaan perlu terlebih dahulu merasai pengalaman berada di titik terendah dalam hidup.

    Saya ada bercakap dengan Amir secara peribadi kerana dia sudah saya anggap seperti adik sendiri. Kami mempunyai hubungan yang sangat akrab.

    Saya percaya setiap manusia yang ingin berjaya, dia perlu rasa bagaimana berada di bawah atau jatuh dahulu. Tidak boleh terus naik.

    Saya percaya, ini adalah fasa yang perlu Amir lalui untuk dia belajar daripada kesilapan dan terus terbang tinggi selepas ini.

    Aedy berkata demikian ketika ditemui pada majlis pembukaan stor baharu jenama aksesori lelaki CERUTTI 1881 yang berlangsung di Putrajaya, pada Selasa.

    Mengulas lanjut, pengarah filem Tarong itu menegaskan bahawa dia tidak menyokong kesilapan yang dilakukan Amir, namun percaya setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.

    Kata Aedy, dia sudah memberikan nasihat secara peribadi kepada Amir dan berharap sahabatnya itu mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku.

    Saya juga yakin dia akan berjaya dan terbang tinggi kerana dia mempunyai bakat yang sangat bagus serta memiliki personaliti yang hebat.

    Setiap manusia ada kesilapan yang mereka lakukan dalam hidup. Saya tidak mengiyakan tindakan yang sudah dilakukan Amir, tetapi sebagai sahabat saya sudah beri nasihat.

    Saya mahu melihat semua rakan-rakan di sekeliling terus berjaya. Kami kawan-kawan juga melihat kerja keras Amir untuk berjaya.

    Sementara itu, Aedy turut memuji lakonan Amir dalam filem terbaharunya berjudul Baga: Esok Untuk Siapa yang bakal menerjah pawagam seluruh Malaysia pada 5 November ini.

    MENARIK:  Tular! Billboard Tayang Soalan ‘Random Tapi Real’, Netizen Terhibur Habis!

    Terdahulu, nama Amir ‘panas’ apabila dikaitkan dengan seorang wanita Singapura selain isi berkaitan tangkap layar komen ‘jump jacks now’ pada foto seorang wanita.

    Undi OBPVP2.0

    Dalam perkembangan lain, Aedy dan Amir tercalon dalam kategori Pelakon Paling Viral di Paling Viral Online 2.0.

    OBPVO2.0 mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.

    Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.

    Jangan lepaskan peluang menyaksikan Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi

    Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi  Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!

    The post ‘Setiap Manusia Buat Silap, Saya Yakin Amir Akan Terbang Tinggi Selepas Ini’ – Aedy Ashraf first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah