Usahawan yang sebelum ini dikenali sebagai Diva M mengambil keputusan untuk menukar nama komersialnya kepada Divo M sebagai tanda permulaan baharu dalam kehidupannya.
Artikel Berkaitan: Diva M Amal Kongsi Rezeki Setiap Jumaat – ‘Tak Perlu Tunggu Ada Banyak Baru Hendak Memberi’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diva M Syukur Tak Buang Alat Kelamin, Kembali Ke Fitrah Selepas 15 Tahun Pakai Implan Payudara
Netizen pernah bersuara- Divo M

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas menerima beberapa permintaan daripada netizen yang mencadangkan supaya dia tidak lagi menggunakan nama Diva.
Jelasnya, dia mengambil peluang tersebut untuk meninggalkan identiti lama dan memilih nama Divo M yang disifatkan lebih sesuai dengan kehidupannya ketika ini.
Keputusan untuk menukar nama daripada Diva M kepada Divo M dibuat kerana sebelum ini ada beberapa netizen yang meminta saya menukar nama dan tidak menggunakan nama Diva lagi.
Jadi, saya ambil peluang itu untuk tidak meneruskan nama Diva. Dalam kehidupan pun, saya sudah diberikan peluang kedua.
Insya-Allah, nama Divo M ini akan kekal dan orang pun mungkin rasa ia lebih sedap didengar serta sesuai dengan kehidupan baharu saya.
Insya-Allah, saya akan cuba menjadi yang terbaik pada masa akan datang.
Nama Diva M jadi kenangan

Mengulas lanjut, usahawan itu mengakui berasa sedikit terkilan untuk meninggalkan nama Diva M yang sudah sinonim dengannya sejak sekian lama.
Bagaimanapun, Divo M percaya perubahan tersebut merupakan satu langkah yang perlu dilakukan demi membuka lembaran baharu dalam kehidupannya.
Sayang juga sebab ramai yang sudah mengenali saya sebagai Diva M. Tetapi apabila fikir semula, kalau nak menjadi lebih baik, biarlah yang lama itu menjadi kenangan.
Biar Diva M menjadi satu momen dalam kehidupan saya.
Dalam pada itu, Divo M turut menjelaskan bahawa nama sebenarnya, Mohd Muzakir, pernah dicadangkan untuk digunakan oleh pihak keluarga.
Namun, dia berpendapat nama Divo M lebih sesuai dan mudah diingati dalam industri hiburan.
Kalau keluarga mereka minta saya menggunakan nama Mohd Muzakir, tetapi bagi saya nama itu kurang catchy dalam industri. Lebih baik saya dikenali sebagai Divo M.
Divo M mengumumkan pertukaran nama ketika siaran langsung MeleTOP pada malam Selasa.
Dalam siaran yang sama, jenama yang diasaskannya, HEADS Professional, turut diumumkan sebagai penaja rasmi dan diperkenalkan sebagai Rakan Gaya Rambut Gegar Vaganza Fantasia.
The post [VIDEO] Divo M Nama Baharu Diva M, Akui Sayang Tinggalkan Identiti Lama – ‘Biar Jadi Kenangan’ first appeared on OHBULAN!.





