Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad meluahkan rasa kagum selepas selesai membaca buku My Name Is Hasmah yang menceritakan perjalanan kehidupan tokoh negara, Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohamad Ali.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Akan Maafkan Awak Sampai Bila-Bila’ – Uyaina Arshad Dikhianati Individu Paling Dipercayai
Artikel Berkaitan: ‘Tahun 2026, Saya Masih Terima Permintaan Tanggal Tudung Untuk Jadi Pengacara Majlis’ – Uyaina Arshad
Memang menarik
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad menyifatkan buku tersebut sebagai antara bacaan kegemarannya kerana tertarik dengan pengalaman Tun Hasmah ketika mengembara ke luar negara.
Saya baru selesai membaca My Name Is Hasmah dua hari lalu dan saya sangat menyukai buku ini!
Saya paling tertarik dengan perkongsian Tun Hasmah mengenai pengalamannya mengembara ke luar negara, terutamanya ke Baghdad, Korea Utara dan Chechnya. Seronok sangat membaca pengalaman Tun!
Jumpa pemimpin Iraq secara rahsia, pernah diculik oleh presiden. Memang menarik!
Dalam pada itu, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu menyifatkan gaya penulisan Tun Hasmah yang bersahaja dan diselitkan unsur humor menjadikan setiap pengalaman yang dikongsikan lebih menarik untuk dibaca.
Tambahnya, keupayaan Tun Hasmah mengimbangi setiap tanggungjawab dengan penuh ketenangan dan kebijaksanaan turut menjadi sesuatu yang mengagumkan.
Ditambah pula dengan gaya penulisan Tun yang bersahaja dan mencuit hati, menjadikan setiap kisah lebih menarik untuk dibaca.
Sepanjang kehidupannya, Tun telah memainkan pelbagai peranan sebagai seorang anak, isteri, ibu, nenek dan sudah tentu sebagai ibu kepada seluruh rakyat Malaysia.
Melihat bagaimana Tun mengharungi setiap peranan dengan penuh ketenangan, kebijaksanaan dan rendah hati sememangnya cukup menginspirasi.
Dalam masa sama, Uyaina turut berkata buku tersebut membolehkannya mengenali Tun Hasmah dengan lebih dekat, sekali gus mengagumi perjuangan tokoh itu dalam memperjuangkan kepentingan pendidikan sepanjang hayatnya.
Membaca buku ini membuatkan saya berasa seperti dapat mengenali Tun Hasmah dengan lebih dekat. Bukan sekadar sebagai seorang tokoh yang dihormati, tetapi sebagai seorang wanita yang mempunyai begitu banyak kisah indah dan pengajaran hidup untuk dikongsikan.
Paling penting, perjuangan Tun sepanjang hayat dalam memperjuangkan pendidikan merupakan sesuatu yang sangat saya kagumi.
Belajar semula bermain biola pada usia 80 tahun? Memang hebat! Kepercayaan Tun terhadap kepentingan ilmu pengetahuan dan pembelajaran sememangnya memberi inspirasi, malah legasi ini akan terus menjadi sumber inspirasi kepada generasi akan datang.
Tun Hasmah akan sentiasa menjadi khazanah negara.
Sumber: Threads
The post Uyaina Arshad Kagum Baca Buku ‘My Name Is Hasmah’ – ‘Gaya Penulisan Yang Bersahaja & Menarik’ first appeared on OHBULAN!.





