Selepas tiga dekad mencipta nama, pelakon versatil Datin Sofia Jane, menyahut cabaran mempersembahkan teater solo pertamanya iaitu Thrown.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mungkin Ada Rasa Terkilan Individu Itu Tidak Tercalon, Tetapi Saya Tahu Mereka Hebat’ – Sofia Jane
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sebagai Pelakon Kita Berhak Menuntut Penulisan Yang Baik, Itulah Demand Sebenar’ – Sofia Jane
Pementasan teater

Ketika ditemui , Sofia atau nama lengkapnya Sofia Jane Hisham, 54, mengakui teruja untuk menjayakan teater tersebut yang dijadualkan bakal berlangsung di The Studio, JCPAC, bermula 20 hingga 22 November dan 27 hingga 29 November ini.
Saya teruja untuk menyelami naskhah ini dan meneroka ke mana ia akan membawa saya bersama penonton. Setiap kemungkinan membuka ruang untuk saya belajar dan menghayati pengalaman ini.
Karya Jodi Gray dan arahan Gavin Yap, Thrown mengisahkan seorang ahli psikologi kanak-kanak yang menelusuri rakaman audio lama zaman kecilnya dan pesakitnya untuk memahami zaman kanak kanaknya sendiri.
Namun, semakin kerap rakaman itu didengar dan diulang, semakin kabur batas antara kenangannya dengan kenangan pesakitnya, hingga sukar dipastikan milik siapa sebenarnya memori itu.
Dalam pada itu, Sofia juga sempat berkongsi serba sedikit mengenai watak yang bakal dibawakan olehnya.
Walaupun latar belakangnya adalah seorang ahli psikologi kanak-kanak, tetapi dia menggunakan cara atau method yang tidak konvensional untuk mencari atau menggali kembali memori dia sendiri yang dah lama dia simpan dan yang dia tidak mahu menghadapi.
Watak ini menggunakan rakaman audio pesakit-pesakitnya sebelum ini tetapi method ini mula mengaburi apa yang dia inginkan sebenarnya.
Saya rasa itu sangat-sangat menarik sebab kadang-kadang pun kita fikir yang kita mengingati sesuatu, tapi sebenarnya keadaan itu sebaliknya.
Tambah aktres yang tercalon bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-35 ini, antara isu yang mahu diketengahkan juga adalah mengenai kesihatan mental terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Tetapi di sini saya nak tekankan yang bahawa kadang-kadang kita rasa yang kanak-kanak mengalami sesuatu, namun kita merasakan itu bukan trauma dan itu hanya benda kecil sahaja.
Tetapi kita tidak faham yang benda kecil itu sebenarnya akan membawa kepada sesuatu yang lebih besar kalau tidak dijaga atau tidak disembuhkan.
Sementara itu, Gavin berkata, rekaan bunyi yang menyelubungi ruang teater membawa penonton menyelami kekeliruan yang turut dialami watak utama.
Kita hadir ke dunia ini. Kita tidak mempunyai pilihan dalam hal ini. Kita juga tidak menentukan bagaimana kita dilahirkan atau persekitaran yang menjadi permulaan kehidupan kita.
Pementasan ini mengambil idea tersebut dan membawa pandangan bahawa pada detik tertentu dalam kehidupan, kita ‘dilontarkan’ ke fasa baharu.
Dalam kisah ini, detik itu ialah peralihan daripada zaman kanak kanak ke alam dewasa. Kesan detik tersebut kekal bersama kita dan membentuk diri kita apabila dewasa.
The post [VIDEO] Sofia Jane Selami Watak Ahli Psikologi, Bawa Isu Kesihatan Mental Dalam Teater ‘Thrown’ first appeared on OHBULAN!.





