Penyanyi rap, Altimet tampil berkongsi pandangan mengenai persediaan membina rumah tangga susulan seorang individu meluahkan kebimbangan menjelang hari pernikahannya.
Artikel Berkaitan: ‘Gaji Bersama Elaun RM16,000, Bila Dipuratakan RM100,000 Hingga RM120,000 Sebulan – Altimet
Artikel Berkaitan: Shahronizam Syukur Terima Bantuan Daripada Seniman, Altimet & D’Ayu Pictures
Budaya keluarga

Menerusi perkongsian di Threads, individu berkenaan mengakui bimbang memikirkan soal rezeki dan tanggungjawab menyediakan nafkah zahir serta batin buat bakal isterinya.
Mengulas perkara itu, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Hadad berkongsi pandangan mengenai persediaan yang perlu dilakukan pasangan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Bila nikah ni awak dah bentuk satu keluarga baru.
Fasa awal untuk tetapkan budaya keluarga untuk sepanjang hidup.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Amboi itu turut menasihati pasangan agar berbincang dan bertolak ansur dalam rumah tangga.
Tambahnya, sebarang perubahan dalam keluarga perlu dibincangkan terlebih dahulu bagi mengelakkan salah faham antara pasangan.
Duduk bincang dengan isteri apa yang akan dibudayakan. Apa benda yang boleh dan tak boleh kompromi. Kompromi ni satu spektrum, jadi pastikan dua-dua tahu dekat mana atas spektrum ini, isu atau prinsip tertentu.
Andai kata ada keperluan ubah atau perbetulkan balik budaya, bincang dulu. Elak selisih faham. Setiap perubahan yang berlaku ada kemungkinan perbetulkan budaya keluarga.
Contoh: Dapat anak. Tukar kerja.
Sumber: Threads
The post Altimet Kongsi Pandangan Tentang Alam Rumah Tangga – ‘Bincang Dulu, Elak Selisih Faham’ first appeared on OHBULAN!.





