Pengacara dan pelakon popular, Ain Edruce berkongsi detik awal perkenalan mereka yang akhirnya membawa ke jenjang pelamin.
Detik perkenalan
Menerusi podcast Too Pretty To Handle, Ain atau nama lengkapnya Nurulain Idrus, 34, berkata perkenalan mereka sebenarnya bermula secara tidak sengaja di media sosial apabila Amirul menegurnya melalui mesej peribadi di Instagram.
Selepas daripada itu, mereka mula berbalas mesej sebelum akhirnya bersua muka.
Awalnya Amirul tegur dekat Instagram, dia DM kata anting-anting saya cantik. Kemudian kami mula mesej dan kenal-kenal. Lepas tu baru kami berjumpa dan keluar bersama.
Sementara itu, Amirul mendedahkan bahawa selepas hanya tiga bulan berkenalan, Ain sudah mula mengajaknya berkahwin.
Ujar Amirul lagi, perkara itu dilakukan hampir setiap hari sehingga membuatkan dirinya akhirnya terbuka hati untuk bernikah.
Dia (Ain) baru tiga bulan kenal dah tanya bila nak kahwin, hari-hari tanya, ajak kahwin. Hari-hari paksa kahwin.
Daripada tak ada niat pun, niat tu datang sendiri.
Untuk info, Ain sah bergelar isteri kepada Amirul yang juga merupakan seorang usahawan, pada Disember 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Soraya dan Shaziman.
Sumber: TikTok Too Pretty To Handle
The post [VIDEO] ‘Baru Tiga Bulan Kenal, Hari-Hari Dia Ajak & Paksa Kahwin’ – Suami Ain Edruce first appeared on OHBULAN!.





