31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mak-Mak Dilema Anak Menangis Waktu Solat Tapi Boleh Ke Berhenti Separuh Jalan? Ini Penjelasannya

    Shopee Sale

    Solat fardu adalah ibadah wajib yang mesti ditunaikan dengan penuh kesungguhan, dan jika sengaja dibatalkan tanpa alasan yang dibenarkan syarak, ia merupakan perbuatan yang mendatangkan dosa.

    Artikel Berkaitan: Solat: Terapi Jiwa & Rahsia Kekuatan Tubuh

    Artikel Berkaitan: Baring Waktu Azan Buat Mayat Jadi Berat? Ini Jawapan Ulama

    Haram selagi tidak mengancam keselamatan

    Malah, tindakan ibu bapa yang menghentikan solat hanya kerana terdengar anak menangis tanpa berusaha menguruskan keadaan tersebut mengikut cara yang dibenarkan, ianya boleh menyalahi tuntutan syarak.

    Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, membatalkan solat fardu kerana tangisan anak adalah haram selagi keadaan itu tidak mengancam keselamatan anak.

    Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Muhammad ayat 33 bahawa orang yang beriman hendaklah mentaati Allah dan Rasul-Nya, serta tidak membatalkan amal-amal mereka.

    Wahai orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!

    Ayat ini menegaskan bahawa setiap ibadah, termasuk solat, hanya boleh dibatalkan dalam situasi darurat atau ancaman sebenar.

    MENARIK:  Intan Najuwa Kongsi Wajah Imane Lunara Selepas Sebulan Dilahirkan – ‘Muka Daddy, Mata Mummy’

    Contohnya, jika muncul ular atau kala jengking di rumah, berlaku kebakaran, atau terdengar tangisan anak yang menunjukkan dia dalam keadaan bahaya, maka solat tersebut dibenarkan dibatalkan bagi menjaga keselamatan diri atau anak.

    Tunaikan rukun wajib sahaja

    Dalam riwayat Abu Dawud, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda bahawa seseorang itu dibenarkan membunuh dua binatang hitam ketika solat, iaitu ular dan kala jengking.

    Bunuhlah dua binatang hitam ketika solat, iaitu ular dan kala jengking.

    Namun, jika tangisan anak tidak membahayakan, solat fardu tersebut mesti diteruskan, dan dibernarkan untuk memendekkan solat dengan menunaikan rukun wajib sahaja.

    Perkara ini juga turut disokong melalui petikan hadis yang diriwayatkan Abu Daud.

    Aku ingin memanjangkan solat, namun aku terdengar tangisan anak.

    Lalu aku pendekkan solat kerana tidak mahu menyusahkan ibunya.

    Sumber: Buzzkini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

    The post Mak-Mak Dilema Anak Menangis Waktu Solat Tapi Boleh Ke Berhenti Separuh Jalan? Ini Penjelasannya first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah