28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fara Salleh Selamat Melahirkan Bayi Perempuan, Tiga Hari Bertarung Nyawa

    Shopee Sale

    Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh selamat melahirkan cahaya mata mereka pada tanggal 26 Jun lalu.

    ‘Saya dah selamat bersalin pada 26.06.2025’

    Menerusi satu hantaran di Instagram, Fara memberitahu  bayi perempuannya yang seberat 2.1 kilogram itu diberi nama Elaine Nada.

    Saya dah selamat bersalin pada 26.06.2025 jam 6.10pm dengan berat 2.1kg.

    Dalam pada itu, Fara turut menceritakan pengalaman sukar sewaktu proses kelahiran selama tiga hari.

    24.06.2026, awal datang untuk check up. Tapi doktor nasihat masuk wad sebab air ketumban dah mula kurang dan baby kurang berat badan sebab masalah uri.

    25.06.2025, jam 6am masuk belon. Masuk belon tak sakit lepas belon dah masuk tu sakitnyaaaa 100000/10 dan lepas 12 jam tahan sakit baru dapat painkiller.

    26.6.2025, Jam 6am keluarkan belon sebab jalan tak buka juga cuma 2cm je sepanjang 24jam pakai belon. Doktor pecahkan air ketumban.

    Pukul 7am masuk bilik bersalin, doktor plan drip induce jadi dalam jam 10am doktor bius masuk, cucuk epidural. Dah cucuk epidural selang berapa minit cucuk drip induce.

    Bersalin tanpa sosok suami disisi

    Menjelang jam 4 petang, jalan masih tidak terbuka, dan keadaan bayi yang semakin lemah memaksa pihak hospital mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan kecemasan.

    MENARIK:  [VIDEO] Anzalna Nasir ‘Sound’ Individu Tawar Diri Jadi Madu, Siap Nak Kongsi Resipi – ‘Yang Nak Sangat Suami Saya Kenapa?

    Fara turut mengalami demam panas setelah dua hari menahan kesakitan.

    Akhirnya kene czer juga jam 5.30pm masuk OT and Alhamdulillah, keluar lah Elaine Nada dengan cara czer tapi both of us tak dapat sama sebab baby terus masuk wad sebab air ketumban dah berkuman (demam) aku masuk antibiotics lepas tu warded lebih kurang 5 hari lepas tu, sama juga dengan baby.

    Dalam luahan tersebut, Fara turut menzahirkan rasa bangga terhadap dirinya yang melalui keseluruhan proses kehamilan dan kelahiran secara bersendirian, tanpa kehadiran seorang suami di sisi.

    Alhamdulillah Elaine Nada nama seindah orangnya. Alhamdulillah aku dan Elaine Nada berjaya lalui fasa mengandung seorang, melahirkan anak sorang sorang tanpa ada bayang seorang lelaki.

    Tiger (kucing) pergi betul betul 2 hari selepas aku bersalin binatang pun faham sanggup teman aku sampai aku selamat melahirkan.’

    Fara turut memohon doa daripada semua agar Elaine Nada membesar dengan sihat dan sempurna.

    Sumber: Instagram Fara Salleh

    The post Fara Salleh Selamat Melahirkan Bayi Perempuan, Tiga Hari Bertarung Nyawa first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah