Pertemuan empat mata dua selebriti Indonesia iaitu Maia Estianty dan Mulan Jameela sewaktu majlis bersiram anak sulung Maia dan bekas suami, Ahmad Dhani iaitu Ahmad Al Ghazali menyorot perhatian wargamaya.
Artikel Berkaitan: ‘Rasa Mahu Meninggal Saat Itu..’ – Kisah Hijrah Makhluk Paling Seksi Mulan Jameela
Mulan & Maia bersalaman
Menerusi video yang tular di TikTok, Mulan yang hadir ke majlis tersebut bersama Ahmad Dhani dilihat menghulurkan tangan kepada Maia yang sedang duduk bersebelahan suaminya, Irwan Mussry.
Tangan yang dihulur Mulan itu kemudiannya disambut baik oleh Maia dengan penuh senyuman.
Bukan itu sahaja, Maia turut meraih perhatian apabila bersikap profesional dan bersalaman dengan Ahmad Dhani yang merupakan bekas suaminya.
Perkongsian tersebut kemudiannya tular dan meraih lebih 1,000,000 tontonan dan lebih 18,000 tanda suka.
Komen netizen



Menjengah ke ruangan komen, Maia dan Mulan meraih pujian netizen apabila kedua mereka kelihatan tenang dan sungguh profesional selepas sengketa panjang sebelum ini.
Untuk rekod, Maia dan Ahmad Dhani pernah mendirikan rumah tangga pada 1996 sebelum bercerai pada 2008 yang dipercayai berpunca daripada orang ketiga.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Ahmad Al Ghazali, Ahmad El Jallaluddin Rumi dan Dul Jaelani.
Ahmad Dhani kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Mulan pada tahun 2009 manakala Maia bernikah dengan Irwan pada 2018 di Tokyo, Jepun.
Sumber: TikTok
The post Majlis Bersiram Anak Sulung Satukan Ahmad Dhani, Maia Estianty & Mulan Jameela first appeared on OHBULAN!.






