26 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Didie Alias Syukur Shamsul Ghau Ghau Kembali Sihat

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Didie Alias memaklumkan keadaan kesihatan rakan seperjuangannya, Shamsul Ghau Ghau yang sebelum ini dilaporkan mengalami pendarahan beku di bahagian otak sebelah kiri kini telah kembali sihat.

    Artikel Berkaitan: Shamsul Ghau Ghau Perlu Jalani Pembedahan – ‘Kos Prosedur Memerlukan RM25,000’

    Artikel Berkaitan: ‘Nak Gaduh Depan-Depan, Tak Perlu Luah Di Media Sosial’ – Didie Alias

    Kembali sihat

    Menerusi perkongsian di Instagram, Didie, 54, memuat naik gambar dan video memaparkan dia bersama rakannya, Amyza Adnan melawat Shamsul di hospital.

    Dalam pada itu, Didie turut meluahkan rasa syukur apabila sahabatnya telah kembali pulih seperti sedia kala.

    Alhamdullillah atas doa semua, sahabat kami kembali sihat dan diberi kesihatan serta kekuatan baru.

    Sebelum ini, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar duka mengenai kesihatan Shamsul yang dilaporkan telah menerima rawatan kecemasan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS).

    MENARIK:  Enot Nafi Buat Pembedahan Bariatrik – ‘Itu Namanya Tempah Maut, Saya Bekas Pesakit Kanser Perut Tak Boleh Usik’

    Isterinya, Sharifah Azrinah Syed Ibrahim, memaklumkan bahawa Shamsul perlu menjalani prosedur pembedahan dengan kadar segera. 

    Kos fasa pertama dianggarkan mencecah RM25,000, dan jumlah tersebut dijangka meningkat bergantung kepada keperluan rawatan susulan serta proses pemulihan.

    Sumber: Instagram

    The post Didie Alias Syukur Shamsul Ghau Ghau Kembali Sihat first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah