29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 20, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Madammu membela diri selepas dikritik memberikan telefon kepada bayinya – ‘Anak-anak saya belajar bahasa Inggeris dari telefon, jangan meremehkan’

    Shopee Sale



    Madammu

    Usahawan terkenal, Madammu tampil memberi penjelasan selepas dia dikecam kerana memberikan telefon bimbit kepada anaknya yang masih kecil.

    Handphone ada kebaikan

    Madammu

    Menurut Madammu, orang ramai tidak boleh memukul rata dengan mengatakan telefon bimbit memberikan pengaruh buruk, sebaliknya berpendapat peralatan gajet itu mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri.

    Jangan cakap macam itu, handphone ini memang ada buruknya dan ada baiknya, tapi tak boleh pukul rata. Banyak sahaja skrip yang memberi pendidikan kepada anak-anak.

    Kita duduk dalam zaman 2024, ada benda yang kita boleh, orang kata mana ada budak jenis yang tak nampak handphone itu tak teruja. Kita ini pun nampak handphone pun teruja.

    Dia bukan nampak apa, tapi nampak lampu dekat handphone.

    Madammu berkongsi mengenai perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok sebelum dirakam dan dimuat naik semula di platform sama.

    Dalam pada itu, Madammu memberitahu anak-anaknya banyak memperlajari bahasa Inggeris melalui kandungan dalam telefon bimbit.

    Saya faham, tapi tak boleh pukul rata kata anak-anak yang banyak main handphone ini banyak masalah.

    Alhamdulillah, memang betul handphone dia ada baik dan buruk, tapi anak-anak saya banyak belajar bahasa Inggeris melalui handphone.

    Cuma kena pandai kawal, ada budak-budak zaman sekarang yang masalah itu mungkin tak dikawal.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Terpesona Dengan Kecantikan Sarimah, Jelita Di Usia 82 Tahun – ‘Keanggunan Wanita Melayu Zaman Dahulu Terserlah’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah