Usahawan, Madam Mariyah mendedahkan dirinya telah menerima lamaran daripada seorang produser terkenal untuk membintangi sebuah filem.
Artikel Berkaitan: Madam Mariyah Bercerai Talak Satu – ‘Saya Terjah Mr.S Berduaan Dengan Penyondol Dalam Kereta’
Tawaran berlakon

Mariyah atau nama sebenarnya Mariyah Yaakob, 50, bagaimanapun menjelaskan dia masih belum membuat keputusan muktamad sama ada akan menerima tawaran tersebut atau sebaliknya.
Menurut Mariyah, beberapa perkara perlu dipertimbangkan terlebih dahulu, termasuk kesesuaian watak serta kekangan masa memandangkan jadualnya kini padat dengan urusan perniagaan.
Betul, saya ada terima tawaran daripada seorang produser untuk berlakon, tetapi saya belum beri kata putus sama ada mahu terima atau tidak.
Saya boleh pertimbangkan tawaran berlakon, namun saya ada beberapa syarat. Watak itu mesti sesuai dengan usia saya, bukan watak yang tidak kena seperti membela anak ikan. Kalau watak Datin, saya okay.
Sekarang jadual saya memang padat, sibuk uruskan bisnes. Tidak lama lagi saya juga akan keluarkan wajah baharu untuk kopi Che’ Lims saya. Jika watak dan masa sesuai, saya akan terima.
Mariyah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis santai bersama media di ibu kota, Rabu lalu.
Mengakui dirinya memang meminati dunia seni, Mariyah berkata sekiranya dia benar-benar melibatkan diri dalam bidang lakonan, dia akan memberi komitmen sepenuhnya.
Saya ada prinsip, apa saja yang saya buat, saya akan lakukan dengan bersungguh-sungguh. Kalau saya berlakon nanti, saya akan berikan sepenuh hati.
Kalau bercakap tentang minat, saya memang minat sangat berlakon. Kadang-kadang dalam siaran langsung ketika berniaga pun saya rasa seperti sedang berlakon, hidupkan watak sebagai peniaga, kadang-kadang berlakon dengan staf saya juga.
The post Madam Mariyah Dilamar Berlakon Filem, Tak Mahu Watak Bela Anak Ikan – ‘Kalau Datin Okay’ first appeared on OHBULAN!.





