30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Madammu Dedah Asbab Bertudung, Nekad Jaga Air Muka Anak Lelaki – ‘Bila Dia Masuk Sekolah Agama, Saya Rasa Kesian’

    Shopee Sale

    Usahawan dan personaliti media terkenal, Madammu mendedahkan punca utama dirinya mengambil keputusan untuk menutup aurat sepenuhnya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Belikan Dia Kereta Sebagai Hadiah’ – Anak Madammu Raih 8A 1B+ Dalam SPM

    MENARIK:  [VIDEO] Fila & Adama Beli Rumah Pertama, Tak Suka Isteri Dipandang Rendah – ‘Dia Komited & Ketepikan Diri Sendiri Demi Saya’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Madammu Ditegur Bertudung Dengan Subang, Perjelas Tak Salah Untuk Berfesyen – ‘Buat Saja Apa Yang Awak Bahagia’ 

    Mula berhijab

    " data-video-id="7638593130488483092" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @drhanzalahplus

    “Lepas Umrah start pakai” . . . . . . . . . . . . . . . #pakai #tudung #rambut #umrah #anak @Ar Rasyidin Academy @Dr Hanzalah Stream @Dr Hanzalah 2.0 @Dr Hanzalah Live @Dr Hanzalah Extended

    ♬ Manifest Presence – Josué Novais Piano Worship

    Menerusi sesi temubual podcast, Madammu atau nama lengkapnya Eriyca Baiduri memaklumkan dirinya tidak mengalami sebarang mimpi pelik yang menjadi asbab untuk tampil berhijab.

    Selain itu, Madammu turut menyifatkan dirinya seorang yang peka terhadap kondisi rambut sekali gus menjadi antara punca percubaan pertamanya untuk berhijab suatu ketika dahulu tidak bertahan lama.

    Saya tak pernah mimpi kena tarik rambut. Saya membesar memang tidak pernah bertudung.

    Walaupun dulu di kampung mengaji sehari empat kali.

    Sebenarnya ini adalah percubaan kedua saya pakai tudung. Dulu saya pakai tapi tak boleh nak uruskan rambut gugur.

    Saya pula jenis suka menjaga rambut.

    Anak lelaki menjadi punca utama

    Berkongsi lebih lanjut, Madammu mendedahkan dirinya mengambil keputusan untuk berhijab selepas anak lelaki tirinya, Ahmadi mula bersekolah di sekolah agama.

    Menurut Madammu, dia tidak pernah bersedia untuk meninggalkan imejnya yang dulu namun lebih mengutamakan air muka anaknya yang mengambil pengajian di sekolah agama.

    Suatu hari, anak lelaki saya masuk sekolah agama. Ini salah satu punca juga saya bertudung untuk jaga air muka dia.

    Kalau nak ikutkan hati, saya tak pernah bersedia untuk bertudung. Tapi bila dia dah masuk sekolah agama, saya rasa kesian pada dia.

    Dekat sekolah, cikgu ajar tutup aurat tapi mak dekat rumah tak pakai tudung.

    Kebetulan masa kita pergi umrah bulan puasa, balik itu saya teruskan pakai.

    Dah setahun, berjaya sampai hari ini. Alhamdulillah.

    Sumber: TikTok @DrHanzalah

    The post [VIDEO] Madammu Dedah Asbab Bertudung, Nekad Jaga Air Muka Anak Lelaki – ‘Bila Dia Masuk Sekolah Agama, Saya Rasa Kesian’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah