
Pelakon Liyana Jasmay meluahkan rasa kesal selepas mengetahui trend menari di TikTok ketika acara pemberian duti raya merupakan tarian tradisional kaum Yahudi.
Buat video mukbang je

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Story, aktres berusia 39 tahun itu mengakui dirinya kurang peka kerana melakukan tanpa memeriksa asal usul terlebih dahulu.
Bukan itu sahaja, pelakon filem Papadom itu juga bertindak untuk memadam video yang dimuat naik sejurus mengetahui kebenaran tarian itu.
Saya berasa sangat sangat low dan bodoh kerana melakukan trend ini dengan anak saudara saya.
Terus padam bila nampak video teguran itu. Kepada rakan-rakan saya yang tidak mengetahui, janganlah ikut trending TikTok, baik saya buat (video) mukbang je.
Terdahulu, trend menari itu menjadi popular pada awal perayaan Aidilfitri selepas sesetengah warganet bertindak untuk melakukannya ketika acara pemberian duit raya.
Tidak hanya warganet, rakan-rakan artis turut ‘terjebak’ melakukan tarian treding itu susulan lagunya sangat menarik untuk diikuti.





