27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Linda Rafar Alami Kemurungan, Rugi Setengah Juta Ditipu Individu Bergelar Datuk – ‘Saya Makan Ubat Untuk Tenangkan Diri’

    Shopee Sale

    Pelakon Linda Rafar mengalami kemurungan selepas menanggung kerugian sebanyak RM500,000 akibat ditipu oleh seorang indvidu yang bergelar Datuk.

    Artikel Berkaitan: Linda Rafar Mohon Individu Bergelar Datuk Kembalikan Wang – ‘Duit Ini Jadi Haram Kalau Bagi Anak Isteri Makan’

    ‘Saya down, anxiety dan kemurungan’

    Linda atau nama lengkapnya Azlinda Abdul Rafar, 48, mengakui insiden tersebut telah memberi impak terhadap kehidupannya sehingga dia mengalami kemurungan.

    Saya down, anxiety dan kemurungan tapi orang tak tahu benda tu. Depan orang, saya buat video gelak-gelak, berada keadaan baik tapi sebenarnya saya dah makan ubat untuk tenangkan diri.

    Saya terlalu fikir bila dia nak pulangkan semula duit saya sampai tidur terganggu dan nafas saya seolah-olah berhenti ketika tidur.

    Ujar Linda lagi, salah faktor yang mendorongnya untuk melabur wang berjumlah hampir setengah juta itu adalah disebabkan latar belakang individu berkenaan yang mempunyai pengaruh besar serta dikenali dalam kalangan orang kenamaan.

    Saya kenal indivitu itu dan dia berkawan dengan golongan VIP dan orang berpengaruh. Itu yang buat saya lebih yakin. Cuma kesilapan saya adalah terlalu percaya orang. 

    Saya ada hubungi dia dan minta balik jumlah yang saya beri, tapi dia tak bayar dengan alasan dia banyak komitmen. 

    Kemudian dia beritahu projek masih berjalan. Tapi bila dah melebihi tarikh yang dijanjikan, saya rasa memang tak boleh. 

    Linda berkata demikian ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa di Rumah Lauk, Nafoura Hall di Shaftsbury Putrajaya pada Sabtu.

    MENARIK:  ‘Dia Cakap Baik M*ti Dalam Jamban’ – Athalia Diserang Anxiety, Terkesan Dengan Komen Jahat Netizen

    Rumah Lauk menampilkan konsep masakan kampung autentik, bufet ini menawarkan lebih 150 hidangan harian pada harga bawah RM100.

    Marvelous Mama Sdn Bhd mengumumkan pembukaan restoran tetap Rumah Lauk di Kuala Lumpur pada penghujung April ini. Jenama tersebut juga dijadualkan melebarkan sayap ke London dan Jakarta dalam tahun yang sama.

    The post Linda Rafar Alami Kemurungan, Rugi Setengah Juta Ditipu Individu Bergelar Datuk – ‘Saya Makan Ubat Untuk Tenangkan Diri’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah