Penyanyi baharu, Athalia mengakui terkesan dengan komen negatif yang dilemparkan netizen berhubung persembahannya dalam program Talk To My Manager.
Artikel Berkaitan: Athalia Sedar Tidak Layak Menyanyi Di Pentas Pertandingan – ‘Bukan Saya Nak Merayu Simpati’
Diserang anxiety

Athalia, 22, berkata, perkara itu turut memberi kesan kepada kesihatan mentalnya sehingga diserang masalah anxiety.
Saya dapat komen yang kata “dia cakap baik kau mati dalam jamban je”. Memang saya memilih untuk abaikan kata-kata jahat, tetapi komen itu muncul paling atas sekali.
Itu juga antara komen paling kejam yang pernah saya baca, mungkin ada yang lebih kejam daripada itu. Namun saya tidak mahu baca.
Saya ada anxiety, orang yang ada anxiety sahaja faham bagaimana apabila masalah itu menyerang mereka.
Athalia berkongsi perkara itu ketika ditemui di konsert minggu ketiga Talk To My Manager yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada Ahad.
Begitu pun, Athalia memilih untuk tidak terlalu memikirkan tentang mulut jahat segelintir netizen, sebaliknya ingin terus memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan.
Apa jua orang cakap tentang saya, saya tetap akan tunjukkan yang terbaik. Saya sentiasa berusaha untuk berikan yang sebaiknya kepada umum. Mungkin orang tidak tahu, bukan mudah untuk menyanyi apatah lagi menari.
Apa pun saya percaya untuk berada dalam industri tidak senang, perlu kuat mental dan fizikal. Perlu hadap dengan komen negatif netizen.
Semua komen-komen itu juga sebenarnya membuatkan saya jadi lebih kuat untuk terus berkarya dalam industri seni.
Sementara itu, ibu Athalia yang juga penyanyi, Sharifah Zarina menyifatkan apa yang terjadi kepada anaknya merupakan bentuk buli siber.
Anak saya menjadi mangsa buli dalam media sosial, ada komen yang baik dan jahat. Yang baik diambil tapi komen yang jahat itu agak melampau.
Saya juga tidak sangka komen yang tidak baik dikeluarkan seorang ibu yang sudah mempunyai anak dan keluarga.
The post ‘Dia Cakap Baik M*ti Dalam Jamban’ – Athalia Diserang Anxiety, Terkesan Dengan Komen Jahat Netizen first appeared on OHBULAN!.





