Pempengaruh media sosial, Leona berjaya menamatkan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan di University of Bath, United Kingdom.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Leona Akui Lebih Tertarik Dengan Lelaki Berusia & Botak – ‘Bila Saya Tengok Lelaki Muda, Mereka Hanyalah Budak’
Artikel Berkaitan: Baru Kenal 5 Minit, Leona Mesra ‘BerTikTok’ Dengan Lelaki Sepanyol
Tamat belajar

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), pemilik nama Kasih Iris Leona Azhar, 23, dilihat berbusana kebaya merah jambu di hari graduasinya.
Hari istimewa itu turut dihadiri ahli keluarga terdekat termasuk ayahnya, pelakon terkenal Azhar Sulaiman yang bangga dengan pencapaian Leona.
Tahniah Leona!




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah atas usahanya selama tiga tahun dalam menghabiskan pengajiannya di universiti yang tersenarai antara terbaik di UK. Selain itu, warganet turut memuji pemilihan baju Leona yang menampilkan dirinya lebih manis dan sopan.
Sumber: Instagram @kasihirisleona
The post Leona Berjaya Tamatkan Pengajian, Manis Berkebaya Merah Jambu Di UK first appeared on OHBULAN!.





