23.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Masih Ingin Bekerja, Ini Bukan Keputusan Saya’ – Tyzo

    Shopee Sale



    Penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander mengejutkan para peminatnya selepas mengumumkan bahawa tidak lagi akan berkhidmat bersama stesen radio berkenaan.

    Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain mengumumkan berita sedih itu kepada para pendengar Suria FM ketika segmen yang dikendalikannya bersama Sharifah Shahirah.

    ‘Ini bukan kehendak saya’

    " data-video-id="7323273886093593864">
    @tyzoxander SAYA MINTA MAAF KERANA INI BUKAN KEPUTUSAN SAYA. SAYA MASIH LAGI MAHU BEKERJA. SAYA PUNYA ANAK, TAPI INI BUKAN KEHENDAK SAYA. INILAH HARGA YANG PERLU SAYA BAYAR UNTUK SEBUAH KEMENANGAN PENYAMPAI RADIO POPULAR, ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2023 #abpbh35 ? original sound – tyzo X xander

    Dalam pada itu, Tyzo yang juga merupakan pemenang Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 itu tampil memuat naik hantaran yang mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminatnya di TikTok

    Menurut penyampai radio berusia 57 tahun itu, ketiadaannya di Suria FM bukanlah keputusan serta kehendak yang dibuatnya sendiri.

    Saya minta maaf kerana ini bukan keputusan saya, saya masih lagi mahu bekerja. Saya punya anak, tapi ini bukan kehendak saya.

    Inilah harga yang perlu saya bayar untuk sebuah kemenangan Penyampai Radio Popular ABPBH ke-35.

    Selepas ini, mohon tiada pihak yang ‘spin’ cerita, oleh ayat atau tuduh dia demi menutup aib. Hanya yang pernah lalui sahaja tahu sakitnya.

    Tambah Tyzo, dia tidak reda dengan penamatan kontrak ini namun terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat oleh beberapa pihak.

    Saya tidak reda dengan pemergian ini, tapi apa daya saya? Saya tidak kuasa, tiada pilihan.

    Saya harus pergi, maafkan saya. Selamat tinggal.

    Walau bagaimanapun, Tyzo tidak menjelaskan mengenai punca sebenar pemergiannya itu namun hanya memaparkan trofi yang dimenangi ketika ABPBH ke-35 yang lalu di akhir video sebelum berlalu pergi meninggalkan konti radio berkenaan.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Allahuakbar! Saya Melihat Foto Lelaki Memeluk Isteri Dengan Erat & Banyak Gambar Tak Senonoh Dalam Folder Komputer’

    Video

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah