Isteri kepada pempengaruh dan penyanyi rap Caprice iaitu Farra Inalis akui tidak rela hidup berpoligami.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farra Inalis Tuju ‘Soalan Cemas’ Pada Caprice, Netizen Setuju Jawapan Lelaki Semua Sama
Artikel Berkaitan: Isteri Caprice Berang Dilabel Ahli Neraka, Dedah Wajah Manusia Mulut P*aka – ‘Kesian Anak-Anak Kalau Tahu Perangai Bapa Macam Tiada Akhlak’
Tak rela dimadukan
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Farra dilihat berang menjawab beberapa soalan netizen mengenai hidup berpoligami.
Menurutnya, para suami perlu lebih bersyukur dengan apa yang dimiliki dalam kehidupan seharian sekali gus dapat mengelakkan para isteri daripada dimadukan.
Kau mampu ke tak mampu ke, tak payah.
Kalau aku dengan Datuk ke Tan Sri ke, tapi mereka kahwin lebih dari satu, selamat tinggal.
Kau jangan main-main dengan aku.
Dalam hidup ini, kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada.
Kalau asyik tengok dekat perkara lain, sampai mati pun tidak akan cukup seorang.
Sementara itu, Farra sempat menitipkan pesanan agar wanita tidak terlalu menurut kata suami sehingga mental dan emosi terganggu.
Aku tak suka lelaki ambil kesempatan pada perempuan.
Ramai di Malaysia, isteri mendengar kata suami. Bukan salah tapi kadang-kadang sehinggakan mendera mental dan emosi.
Hidup ini kena adil. Ramai perempuan sekarang takut dengan lelaki sebab mereka tidak bekerja.
Tak boleh jadi baik sangat.
Sumber: TikTok @nayeon_shop
The post [VIDEO] ‘Kau Mampu Ke Tak Mampu, Tak Payah’ – Farra Inalis Tak Rela Dimadukan first appeared on OHBULAN!.



– Nayeon_Shop

