Seorang lelaki ditahan polis selepas mengaku melakukan serangan seksual terhadap anak saudaranya yang berusia lima tahun.
Artikel Berkaitan: Ustaz Cabul, Paksa Anak Angkat & Anak Saudara Buat Hubungan Seks
Artikel Berkaitan: Budak 6 Tahun Menangis, Mengadu Kemaluan Merah & Sakit..Rupanya Dicabul Bapa Tiri Masa Ibu Keluar Kerja
Punca tengok video lucah

Kejadian yang berlaku di Indonesia itu terbongkar pada September lalu apabila mangsa mengadu sakit pada alat sulitnya ketika dimandikan oleh salah seorang ahli keluarga.
Mangsa secara spontan meminta agar bahagian tersebut tidak disentuh kerana berasa pedih.
Setelah disoal berkali-kali, kanak-kanak itu akhirnya menceritakan bahawa dia telah diperlakukan secara tidak senonoh oleh bapa saudaranya sendiri.
Hasil siasatan polis mendapati perbuatan terkutuk itu bukan pertama kali berlaku. Mangsa sebelum ini tidak berani mengadu kerana telah diancam oleh suspek.
Suspek yang dikenali sebagat MT berusia 25 tahuh itu menggunakan taktik licik untuk memperdaya mangsa termasuk mengumpan dengan jajan dan meminjamkan telefon bimbit.
Menurut sumber, suspek melakukan aksi terkutuk itu ketika rumah mereka di Pringsewu, Indonesia dalam keadaan sunyi dan ketiadaan orang.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (Kasat Reskrim) Polres Pringsewu, Iptu Rosali, mengesahkan bahawa suspek telah mengaku melakukan perbuatan tersebut dengan alasan tidak dapat mengawal nafsu kerana menonton video lucah.
Difahamkan, mangsa tinggal di bawah jagaan nenek dan dua bapa saudaranya (termasuk suspek) selepas ibu bapa mangsa bercerai dan bekerja di luar negara.
Sumber: Lampung Indonesia Times
The post Lelaki Cab*l Anak Saudara Berusia 5 Tahun, Alasan Tak Dapat Kawal Nafsu Lepas Tonton Video Luc*h first appeared on OHBULAN!.





