28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lebih RM2 Bilion Diperuntukkan Untuk Bandar Pintar & Kesalinghubungan Digital Sabah

    Shopee Sale

    Sabah bakal menyaksikan transformasi digital yang lebih mantap apabila Kerajaan Persekutuan memperuntukkan lebih RM2 bilion bagi meningkatkan infrastruktur digital serta pembangunan bandar pintar di negeri itu.

    Pengumuman ini disahkan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan disambut baik oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

    Menurut MCMC, peruntukan besar ini merangkumi pelbagai inisiatif yang sedang dan bakal dilaksanakan bagi memastikan setiap rakyat Sabah mendapat akses digital yang setara, termasuk di kawasan pedalaman dan pulau-pulau.

    Bandar Raya Pintar Kota Kinabalu: RM300 Juta Untuk Infrastruktur Digital

    Salah satu fokus utama adalah Bandar Raya Pintar Kota Kinabalu, hasil kerjasama strategik MCMC bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang dimeterai pada Disember 2024. Dengan nilai pelaburan lebih RM300 juta.

    Projek ini merangkumi:

    • Perluasan rangkaian gentian optik bagi memastikan kelajuan internet yang lebih pantas dan stabil.
    • Wi-Fi awam di lokasi strategik seperti pusat bandar, taman rekreasi dan kawasan tumpuan pelancong.
    • ‘Smart poles’ berintegrasi 4G dan 5G, lengkap dengan sensor pintar untuk pemantauan dan kawalan bandar.
    • Sistem CCTV pintar yang berhubung terus ke Integrated Operations Centre, memastikan keselamatan dan pengurusan bandar lebih efisien.

    Projek ini dijangka bukan sahaja mempertingkat pengalaman digital rakyat, tetapi juga menjadikan Kota Kinabalu sebagai model bandar pintar di Malaysia Timur.

    JENDELA 2: Liputan Internet Sehingga 100% di Sabah

    Kredit foto: The Vibes

    Bagi memperluas capaian internet ke seluruh negeri, program JENDELA 2 akan diperluaskan dengan 800 lokasi baharu, khususnya di kawasan pedalaman dan pulau-pulau. Dengan kos keseluruhan RM1.4 bilion termasuk pembangunan dan operasi lima tahun, inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 3.7 juta rakyat Sabah, sekaligus mencapai liputan 100% di kawasan berpenduduk.

    MENARIK:  [VIDEO] Reen Rahim Seloroh Mahu ‘Belanja’ Bahu, Suami Tegur – ‘Nanti Sampai Bahu Juga Malaikat Bantai Kau’

    NADI & FTTH: Literasi Digital Untuk Semua

    Sehingga September 2025, sebanyak 131 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah beroperasi di seluruh Sabah, menelan kos operasi kira-kira RM210 juta untuk lima tahun.

    NADI menyediakan ruang pembelajaran komuniti, akses Internet, latihan kemahiran, perkhidmatan dalam talian serta program literasi digital, memastikan penduduk pedalaman tidak ketinggalan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan.

    Selain itu, projek Fiber-to-the-Home (FTTH) turut dilaksanakan di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di sembilan kem tentera Sabah, membabitkan 6,900 kediaman dengan jumlah kos sebanyak RM14.2 juta, menyediakan sambungan gentian optik terus ke rumah anggota tentera.

    Komitmen MCMC Untuk Manfaat Rakyat

    MCMC menekankan bahawa setiap usaha ini bukan sekadar membangunkan infrastruktur, tetapi menerjemahkan peruntukan kepada manfaat nyata untuk rakyat Sabah dari segi kualiti rangkaian, pengalaman pengguna, keselamatan digital, hingga pembangunan bandar pintar yang mampan.

    “Sabah kini berada di landasan yang tepat untuk menjadi negeri pintar dan berdaya saing, di mana teknologi digital menyokong kehidupan harian rakyat secara langsung,” kata MCMC.

    Dengan langkah-langkah ini, Sabah dijangka akan menjadi contoh transformasi digital yang inklusif dan menyeluruh di Malaysia Timur, menyatukan kemudahan bandar pintar dengan kesejahteraan masyarakat.

    The post Lebih RM2 Bilion Diperuntukkan Untuk Bandar Pintar & Kesalinghubungan Digital Sabah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah