Pelakon Sharifah Rose memaklumkan dirinya mengambil langkah berhati-hati dalam memilih pasangan hidup berikutan pelbagai isu dan kes berkaitan rumah tangga hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.
Artikel Berkaitan: Sharifah Rose Terkejut Syafi Tee Luah Perasaan – ‘Saya Selesa Berkawan Dengan Dia Sebagai Rakan Industri’
Artikel Berkaitan: Sharifah Rose Tak Minat Lelaki Badan ‘Sado’, Cari Calon Suami Yang Lemah Lembut & Aktif Sukan
Berhati-hati

Ketika ditemui , pemilik nama Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, 28, itu berkata, dia akan mengambil pendekatan untuk mengenali dan menilai bakal pasangan terlebih dahulu sebelum memulakan hubungan yang lebih serius.
Saya pun dah nak masuk usia 30 tahun, dan pernah melalui fasa dalam hubungan sebelum ini.
Bila dah berpengalaman, saya rasa lebih baik ‘scan’ dulu lelaki sebab zaman sekarang pun banyak kes cerai.
Gusar melihat pelbagai kisah rumah tangga, Sharifah Rose juga mengharapkan agar dirinya tidak diuji dengan konflik dalam perhubungan.
Hari-hari saya dengar kes itu ini. Saya tak mahu jadi kes seperti itu.
Kita kena lebih berhati-hati dalam memilih pasangan kerana pasangan kita juga bakal menjadi seorang ayah kepada anak-anak.
Sharifah Rose berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran Ramadan Raya 2026: Jwanjih Drama! yang berlangsung di TGV Cinema Suria KLCC, baru-baru ini.
Keluarga tidak mengongkong

Sementara itu, pelakon drama Doa Yang Terlindung tersebut turut meluahkan rasa syukur kerana keluarga sering berada di sampingnya.
Saya masih tinggal dengan keluarga dan ke mana-mana saya pergi, mereka tetap ambil tahu tentang keberadaan saya.
Kalau terlalu bebas, kadang-kadang susah juga kerana dalam dunia sekarang ini bukan mudah untuk kita percaya orang.
Bagaimanapun, Sharifah Rose tidak pernah menganggap kehadiran keluarga sebagai penghalang atau mengongkong, malah menghargai bimbingan daripada mereka.
Tidak dikongkong. Saya tak rasa itu sebagai ‘dikongkong’. Cuma bila ada ibu bapa menasihati dan menegur, sekurang-kurangnya kita tahu mana yang baik dan mana yang buruk.
Kita semua pun kali pertama jadi dewasa, jadi kadang-kadang memang ada masa kita tersilap langkah. Tapi bila ada ibu bapa yang sentiasa ambil tahu dan ambil berat, saya rasa itu satu kelebihan dan rezeki.
Dalam perkembangan lain, Sharifah Rose juga telah dipilih untuk menjadi antara selebriti ‘Friends of Rara 2026’ bersempena kempen anjuran Media Prima Berhad tersebut.
Selain Sharifah Rose, kempen tersebut turut dimeriahkan lagi dengan barisan selebriti lain antaranya, Tracie Sinidol, Jazmy Juma, Zairi Aziz, Ariana Yusof, Fiza Sabjahan dan Ahmad Fedtri Yahya.
The post ‘Lebih Baik Scan Dulu Pasangan, Sekarang Banyak Kes Cerai’ – Sharifah Rose Berhati-Hati Pilih Teman Hidup first appeared on OHBULAN!.





