32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Layanlah Orang yang Sentiasa Tak Puas Hati dengan Bersabar… Mungkin Mereka Mengalami Masalah Kesihatan’ – Abby Abadi

    Shopee Sale



    Pelakon, Abby Abadi meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir individu yang suka menyibuk dan masuk campur urusan orang lain.

    ‘Ada manusia yang tak suka tengok orang berbaik’

    Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah binti Abdul Manan akui tidak faham dengan perangai individu yang seakan kononnya serba tahu apa yang berlaku dalam kehidupannya.

    Tidak cukup dengan itu, Abby dakwa ada juga antara netizen yang memberi kata-kata buruk sedangkan individu tersebut langsung tidak mengikuti akaun media sosialnya apatah mengenali dirinya secara peribadi.

    Ada manusia yang tak suka tengok orang berbaik, orang bahagia tapi follow IG. da tu tak follow pun kita tapi bila kita post komen macam kenal lama, macam duduk serumah. Macam serba pandai tentang hidup orang.

    Siapa yang serba tak puas hati tu, pergi berubat okay. Nampak macam sakit tu. Minta Allah SWT bantu, dunia dan di akhir-akhir ni. Jaga diri.

    Dalam kesempatan itu, Abby meluahkan rasa syukur atas kata-kata baik, nasihat dan doa yang ditiipkan oleh orang ramai kepada dirinya dan keluarga.

    MENARIK:  ‘Kami Tak Mampu Lihat Dunia Dengan Mata Tapi Kami Rasa Semangat & Harapan Mereka’ – Caliph Buskers

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah