Kumpulan muzik popular Caliph Buskers turut menzahirkan sokongan mereka terhadap misi kemanusiaan Sumud Global Flotilla, yang kini menjadi perhatian dunia.
Rasai semangat juang

Menerusi hantaran di Threads, Caliph Buskers berkata meskipun mereka merupakan individu OKU penglihatan, namun semangat itu tetap dapat mereka rasai.
Mereka turut menyifatkan perjuangan misi kemanusiaan ini sebagai satu kekuatan yang wajar dikongsi bersama rakyat di seluruh dunia.
Sebagai OKU penglihatan, kami tidak mampu melihat dunia dengan mata, namun kami tetap merasai semangat dan harapan yang dibawa mereka.
Ia juga mewakili hasrat kita semua. Semoga segalanya akan lebih dipermudahkan.
Misi Sumud Global Flotilla yang disertai aktivis antarabangsa bertujuan membawa mesej solidariti, selain menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin yang sekian lama berdepan kekejaman dan sekatan.
Pada Khamis, media melaporkan seramai 23 aktivis warga Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan tersebut telah ditahan antaranya Nurul Hidayah Mohd Amin (Ardel Aryana), Zizi Kirana, Zulfadhli, Rusydi Ramli, Musa Nuwayri, Muaz Zainal, Haikal Abdullah, Iylia Balqis, Sul Aidil, Norfarahin Romli (Farah Lee) dan ramai lagi.
Sumber: Threads Caliph Buskers
The post ‘Kami Tak Mampu Lihat Dunia Dengan Mata Tapi Kami Rasa Semangat & Harapan Mereka’ – Caliph Buskers first appeared on OHBULAN!.





