28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Laudya Cynthia Bella Jadi Isteri Ketiga Ustaz Nuzul Dzikri? Ini Reaksi Tuan Badan

    Shopee Sale



    Sejak beberapa hari ini, tular khabar angin mengenai pelakon Laudya Cynthia Bella yang didakwa telah menjadi isteri ketiga seorang ustaz terkenal di Indonesia.

    Laudya Cynthia Bella kahwin lagi?

    Dakwaan tersebut mula tercetus selepas seorang pengguna media sosial memuat naik satu hantaran mengucapkan tahniah kepada Bella dan Ustaz Muhammad Nuzul Dzikri atas pernikahan yang berlangsung baru-baru ini.

    Hantaran tersebut dipercayai dikongsi semula di laman sosial popular, Lambe Turah sebelum ianya menjadi perhatian wargamaya.

    Lebih mengejutkan ramai apabila mereka mengetahui status Ustaz Muhammad Nuzul Dzikri yang sudah beristeri dua dan Bella didakwa menjadi isteri ketiga pendakwah itu.

    Susulan daripada itu, rakan baik Bella tampil menafikan dakwaan tersebut dan menanggap ianya satu fitnah.

    Bella cakap dia sedih dengan berita tak sahih yang viral di media sosial.

    Bella juga dan izinkan saya untuk memberitahu perkara ini kepada umum.

    Walau bagaimanapun, rata-rata wargamaya berpendapat bahawa alangkah baiknya jika Bella sendiri tampil memberi penjelasan dan bukannya dengan menggunakan ‘orang tengah’.

    MENARIK:  Konsert M N45IR Cipta 2 Dibanjiri 8,000 Penonton, ‘Dihujani’ 10,000 Keping ‘Duit Raya’ Dalam Stadium

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah