32.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Eyra Hazali Hamil Anak Ketiga, Dedah Tak Ada Rezeki Dapat Kembar – ‘Rupanya Dua Tapi Satu Tak Jadi’

    Shopee Sale



    Pelakon Eyra Hazali berkongsi berita gembira dirinya kini sedang hamil cahaya mata ketiga.

    Artikel berkaitan: Telatah Anak Eyra Hazali ‘Selit’ Lagu Pasukan JDT Dalam Doa Bikin Netizen Berdekah -‘Tahulah Ayah Dia Goal Keeper’

    Artikel berkaitan: Suami Sepupu Eyra Hazali Antara Terkorban Nahas Helikopter Terhempas

    Rupanya hamil anak kembar

    Menerusi perkongsian di Youtube, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 25, mendedahkan dia hamil anak kembar namun salah seorang tidak menjadi.

    Rupanya dua anak Mama Papa tapi takda rezeki, satu tak jadi. Tinggal lah satu anak Mama Papa.

    Tak apa, Mama Papa masih bersyukur atas rezeki ini. Terima kasih Allah SWT.

    Kata Eyra, dia bakal melahirkan bayi ketiga kira-kira dalam masa empat bulan.

    Bismillahirrahmanirahim, penambahan satu lagi cinta dalam keluarga kami. Baby nombor tiga dalam perjalanan!

    Disini Eyra minta doa-doa baik dari semua untuk kami sekeluarga memandangkan bayi kecil kami akan bersalin dalam masa empat bulan. Terima kasih semua.

    Untuk rekod, Eyra dan suami yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Haziq Nadzli mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019.

    MENARIK:  [VIDEO] Pempengaruh Rasyidin Diserang ‘Panic Attack’, Mohon Maaf Sebab Susahkan – ‘Saya Harap Tidak Dicalonkan Dah’

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Hayder Qhalish dan Endra Haqimie.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah