34.1 C
Kuala Lumpur
Monday, August 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lagu ‘Masing-Masing’ Nyanyian Ernie Zakri Menang ‘Soundtrack Sinetron Paling Ngetop’ Di Indonesia – ‘Kenangan Terindah, Terima Kasih Ade Govinda’

    Shopee Sale



    Ernie Zakri

    Lagu nyanyian Ernie Zakri bersama komposer terkenal Indonesia, Ade Govinda berjudul Masing-Masing telah dinobatkan sebagai pemenang kategori Soundtrack Sinetron Paling Ngetop (OST) di Anugerah SCTV 2024 yang berlangsung di Indonesia, pada Rabu.

    Soundtrack Paling Ngetop

    Ernie Zakri

    Ernie atau nama lengkap Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, dalam ucapannya di pentas acara berkenaan meluahkan rasa syukur dan gembira di atas kemenangan tersebut.

    Ini pertama kali saya muncul di rancangan besar di Indonesia, masya-Allah di atas rezeki ini. Kepada di Malaysia yang sedang lihat, subhanallah.

    Terima kasih SCTV Awards, Universal Music Malaysia dan Universal Music Indonesia.

    Sementara itu, Ade mengucapkan terima kasih kepada pihak drama Luka Cinta yang menjadikan lagu Masing-Masing sebagai runut bunyi nashkah tersebut.

    Terima kasih kepada SCTV Awards dan Pak David iaitu orang yang percaya lagu Masing-Masing boleh dijadikan soundtrack sinetron Luka Cinta.

    Kenangan terindah

    Ernie Zakri

    Dalam pada itu, menerusi hantaran di Instagaram, isteri kepada Syamel menyifatkan kemenangan yang diraih sebagai satu kenangan terindah dalam kerjaya seninya sebagai penyanyi.

    Datang sini (Indonesia) untuk menyanyi je, tak sangka dapat bawa pulang kenangan terindah. Terima kasih mas Ade untuk karya hebat ini.

    Terima kasih pencipta lagu Masing-Masing kerana anda, lagu ini sampai ke sini. Sayang semua.

    Terima kasih juga ernienators (kelab peminat) untuk rasa cinta dan sokongan yang diberikan.

    MENARIK:  Malia Baby Terkilan Fesyen Dipersoal Tak Selari Dengan Nasihat Islamik Dikongsi – ‘Aku Struggle Jalankan Amanah Allah’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah