34.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    RM9 bilion duit Felda lesap: Bawa ke pengadilan jika ada bukti – TPM

    Shopee Sale

    Audit forensik perlu dijalankan bagi mengenal pasti sama ada berlaku penyalahgunaan kuasa, pecah amanah atau pelanggaran tatakelola dalam pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata audit pengurusan sahaja tidak memadai memandangkan isu melibatkan agensi itu telah berlarutan sejak sekian lama dan mengakibatkan kerugian mencecah berbilion ringgit.

    “FELDA menghadapi permasalahan yang begitu besar dan lama. Kehilangan atau kerugian RM9 bilion tidak boleh ditoleransikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif bersempena dengan Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Sedunia (WITEX) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di ibu negara hari ini.

    Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian ketika ditanya mengenai sokongan terhadap penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat FELDA.

    Beliau berkata pihak bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan jika terdapat bukti kukuh, namun siasatan tersebut tidak seharusnya digunakan untuk menganiaya atau memalukan mana-mana individu.

    MENARIK:  K'jaan digesa banyakkan libat urus, penjelasan isu undang-undang tahanan rumah

    Selain itu, beliau berkata kerajaan akan terus melindungi kepentingan serta kebajikan 225,000 peneroka FELDA serta generasi pertama hingga kelima yang secara keseluruhannya melibatkan kira-kira 1.8 juta orang.

    Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menunggu laporan lengkap pasukan petugas khas yang menyiasat isu pengurusan FELDA sebelum membuat sebarang pengumuman rasmi.

    Anwar berkata pasukan petugas khas itu telah memulakan tugas dan dapatan siasatan dijangka dibentangkan dalam masa terdekat sebelum didedahkan kepada umum sebagaimana laporan RCI mengenai Tabung Haji.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah