34.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Khidmat Solehah berakhir 27 April lepas – UIAM

    Shopee Sale

    Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengesahkan perkhidmatan Dr Solehah Yaacob sebagai kakitangan akademik universiti itu telah berakhir berkuat kuasa 27 April lepas.

    Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi UIAM dalam kenyataan hari ini memaklumkan susulan itu, Solehah tidak lagi memegang jawatan sebagai profesor di universiti berkenaan atau mewakili UIAM dalam apa-apa perjawatan.

    “UIAM ingin menjelaskan penggunaan sebarang gelaran, jawatan, kulliyyah, pusat, institut, jabatan atau apa-apa bentuk afiliasi rasmi dengan UIAM adalah tidak dibenarkan,” menurut kenyataan itu.

    UIAM turut menegaskan penggunaan gelaran atau perjawatan yang berkait dengan universiti itu tidak dibenarkan dalam apa-apa bentuk bahan promosi, pelaporan media, penerbitan, pengiklanan, kandungan media sosial, bahan publisiti atau hebahan lain, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

    MENARIK:  Selepas MCA, Gerakan pula tuntut kerajaan jelaskan isu gas memasak

    “UIAM juga berharap agar penjelasan yang diberikan dapat mengelakkan kekeliruan, demi menjaga integriti dan kesarjanaan akademia,” menurut kenyataan itu.

    Sebelum ini, Solehah menerusi perkongsian video syarahan di saluran YouTube mendakwa teknik pembinaan kapal tamadun Rom zaman dahulu dipercayai dipelajari daripada pelaut Melayu.

    Beliau mendakwa hipotesisnya berhubung sejarah teknik pembinaan kapal tamadun Rom adalah berpaksikan sumber pembacaan Arab klasik.

    Berikutan dakwaan itu, UIAM menubuhkan panel inkuiri dalaman untuk meneliti kenyataan Solehah secara menyeluruh, bebas serta selaras dengan terma rujukan ditetapkan dalam menilai isu berkaitan integriti akademik.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah