
Penyanyi, Marsha Milan mengakui ada mendengar desas desus mengatakan lagu ‘Hening Rindu’ sepatutnya diberikan kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
‘Rezeki saya’

Marsha atau nama lengkap Marsha Milan Londoh, 39, berkata, tidak hanya Siti, tetapi ada mendengar beberapa nama penyanyi lain untuk menyanyikan lagu berkenaan.
Pun begitu, Marsha menganggap sudah rezekinya untuk menyanyikan karya ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh itu.
Bukan hanya Datuk Seri Siti Nurhaliza, saya dengar ramai nama yang disebut-sebut untuk menyanyi lagu Hening Rindu.
Apa pun saya anggap itu sudah menjadi rezeki untuk saya menyanyikan lagu tersebut dan menjadi milik saya.
Tidak hanya Datuk Seri Siti, ada juga beberapa nama lain yang saya dengar. Mungkin lagu itu tidak sesuai dengan penyanyi tersebut atau bukan genre mereka, Wallahualam.
Lagu itu merupakan lagu OST, jadi apabila lagu OST ada ‘timeline’, mungkin juga itu menjadi faktor lagu tersebut diberikan kepada saya.
Berkongsi lanjut, Marsha percaya sekiranya lagu yang memenangi Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) itu dinyanyikan oleh Siti, pasti penyampaian dan versinya berbeza.
Seandainya lagu itu milik Datuk Seri Siti, pasti akan jadi lain kerana beliau mempunyai cara nyanyian tersendiri. Tapi best juga kalau kita dapat dengar versi beliau.
Contoh lain, jika Dayang Nurfaizah yang dapat, lagu itu pun akan jadi versi Dayang.





