31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kod Tatalaku Dikuatkuasakan – Kandungan Online Lebih Selamat & Beretika

    Shopee Sale



    Landskap digital semakin mencabar, namun terdapat perkembangan positif yang bakal memberi manfaat kepada semua pengguna. Penguatkuasaan Kod Tatalaku bakal memastikan pengguna lebih bertanggungjawab dalam interaksi atas talian, sekaligus membendung penyebaran fitnah, kebencian dan maklumat palsu.

    Menurut Timbalan Ketua Kluster Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Ts. Rusli Abdullah, kod ini akan berfungsi sebagai mekanisme penting untuk mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat dan beretika.

    Timbalan Ketua Kluster Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Majlis Profesor Negara (MPN) Prof. Ts. Rusli Abdullah

    Kurangkan kandungan berbahaya, tingkatkan keselamatan

    Beliau menegaskan bahawa penurunan kandungan digital berbahaya seperti pornografi atau ekstremisme mampu memberi impak besar kepada keselamatan siber.

    “Masyarakat perlu sedar betapa besarnya impak penurunan digital kerana ia juga boleh menjadi mekanisme penyebaran maklumat palsu.

    “Oleh itu, penguatkuasaan Kod Tatalaku dapat membantu meningkatkan budaya digital beretika, galak komunikasi lebih sopan dan bertanggungjawab,” katanya. 

    Buli siber & gangguan seksual? Selesaikan dengan Kod Tatalaku

    Antara masalah paling membimbangkan di alam maya adalah buli siber dan gangguan seksual, terutama melibatkan kanak-kanak. Dengan penguatkuasaan kod ini, lebih banyak langkah boleh diambil untuk melindungi mereka daripada ancaman dalam talian.

    MENARIK:  Sambutan Hebat! 755,083 Orang Selangor Sudah Tonton Ejen Ali The Movie 2

    Selain itu, kod ini juga membantu memastikan kebebasan bersuara dilindungi daripada penyalahgunaan serta memastikan kandungan iklan dan pemasaran lebih beretika.

    289,287 kandungan diturunkan sepanjang 2024

    Berdasarkan data yang dikongsikan, sebanyak 289,287 kandungan telah diturunkan sepanjang tahun 2024, termasuk:

    • 189,484 kandungan berkaitan judi dalam talian (65.5%)
    • 63,652 berkaitan penipuan (scam) (22%)
    • 17,245 kandungan palsu (5.9%)
    • 13,805 kandungan jelik (4.7%)

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga bakal menerbitkan Kod Tatalaku Pelesenan untuk penyedia media sosial di negara ini, bagi mengawal selia kandungan dan memastikan pengguna mendapat pengalaman digital yang lebih selamat dan bermakna.

    Langkah Bijak Demi Masa Depan Digital Lebih Baik

    Pelaksanaan kod ini bukan sekadar peraturan biasa, tetapi satu usaha untuk menjadikan ruang digital lebih selamat dan beretika. Jadi, sebagai pengguna bijak, mari kita sama-sama sokong inisiatif ini untuk pengalaman online yang lebih positif.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah