Ejen, masa semakin suntuk! Tayangan Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) semakin berkurang dan lima negeri ini telah buktikan sokongan luar biasa mereka.
Artikel Berkaitan: Ejen Ali The Movie 2 Bakal Gegar Pawagam Singapura Bermula Esok!
Artikel Berkaitan: Penuh Emosi! REV Media Group Ceriakan Komuniti Kurang Berkemampuan Dengan Tayangan Istimewa Ejen Ali The Movie 2
Sambutan hangat!

Negeri-negeri tersebut adalah Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Johor, Perak dan Kedah yang kini mendahului carta tontonan dengan jumlah ejen paling ramai yang telah melaporkan diri.
Adakah negeri anda tersenarai? Sudahkah anda mengambil tempat dalam misi ini? Belum tonton lagi? Sekaranglah masanya untuk anda bertindak!
Peluang untuk menjadi sebahagian daripada misi kutipan RM65 juta bagi filem animasi kebanggaan negara ini bukan datang selalu.
Rasai sendiri aksi penuh tenaga, rekaan bunyi yang menggetarkan dan grafik bertaraf antarabangsa yang masih hangat diperkatakan ramai.
“Tak cukup sekali!”, itu pula kata penonton yang sudah menonton berulang kali. Bagi mereka, terlalu banyak teori bermain di fikiran dan semuanya mula ditangkap apabila menonton semula.
Jangan ketinggalan! Sama ada anda bawa geng, keluarga atau pergi solo, pastikan anda turut serta dalam misi RM65 juta ini.
Ayuh kita cipta satu lagi kejayaan besar buat filem animasi tempatan. Kalau bukan sekarang, anda mungkin sudah terlepas! Misi masih aktif – unlock fasa seterusnya dan terus sokong EATM2 di pawagam sekarang!
The post Sambutan Hebat! 755,083 Orang Selangor Sudah Tonton Ejen Ali The Movie 2 first appeared on OHBULAN!.





