
Pempengaruh media sosial yang kini bermastautin di Korea Selatan iaitu Kim Seri mendakwa terdapat individu cuba untuk memaksanya membuka aib tentang kisah rumah tangganya yang lalu.
Tetap senyap

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), pemilik nama Kim Seri atau nama lengkapnya Seri Azlina berkata dia tetap memilih untuk berdiam diri meskipun ada pihak yang cuba untuk melakukan hal sedemikian.
Katanya, dia juga tidak kisah sekiranya ada pihak yang cuba mahu memfitnah dirinya dengan membuat cerita palsu.
Saya tidak kisah orang nak cerita apa dan fitnah apa. Saya tetap memilih untuk berdiam diri dan saya tahu ada orang nak buat saya buka cerita, jaja aib sana sini.
Tapi, saya bukan orang macam itu. Saya bukan jenis yang cerita kisah rumah tangga saya.
Orang kata saya salah? Silakan. Cukup simpan air mata berbelas tahun saya sembunyikan. Saya mahu buka buku baru. Dah muak dengan kata maaf berulang kali.
Diam salah, bercakap salah

Sementara itu, Kim Seri berkongsi terdapat juga dakwaan dia berpisah dengan bekas suaminya kerana mahu mendirikan rumah tangga bersama lelaki asal Korea.
Bercerai sebab nak berkahwin dengan lelaki Korea? Lucu. Dia ni berbulan-bulan lepas berpisah baru kenal. Itu pun dia kesian tengok saya sambil kerja bawa anak-anak.
Begitulah jadi seorang perempuan, bila bercerita kisah rumah tangga, mereka kata kita buka aib, kita minta simpati, jaja sana sini.
Bila kita diam, tetap juga kita yang salah, kitalah puncanya.
Sebelum ini, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu dilaporkan telah bercerai dengan suaminya, bagaimanapun tiada maklumat lanjut tentang penceraian mereka.





