Seorang individu mencuri perhatian apabila membuat teguran secara terbuka terhadap sikap segelintir perokok yang didakwa tidak peka terhadap orang sekeliling, khususnya di kawasan awam.
Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar Bau Busuk Tapi Racun! Ini Kesan Buruk Terhadap Perokok Pasif
Rokok haram

Menerusi hantaran di Threads, individu berkenaan meluahkan rasa kurang senang apabila melihat dua lelaki terus menghisap rokok sejurus keluar dari sebuah restoran, walaupun masih berada berhampiran pelanggan lain.
Jelasnya, sikap tergesa-gesa untuk merokok selepas makan tanpa memikirkan kesan kepada orang lain menunjukkan kurangnya kesedaran sivik.
Kepada perokok di Malaysia, ini pesanan ikhlas daripada saya. Saya baru balik daripada makan, saya nampak dua orang lelaki yang baru keluar dari restoran terus hisap rokok.
Walaupun jarak mereka beberapa meter daripada saya, tapi bau rokok itu masih boleh ditangkap. Saya tak faham kenapa kebanyakan perokok tak sabar nak hisap rokok selepas makan tanpa hiraukan orang sekeliling.
Mereka ini tiada kesedaran sivik ke? Kalau nak merokok, perlu la jauh sedikit.
Selain itu, isu berkenaan turut disentuh dari sudut agama bahawa merokok telah difatwakan sebagai haram dan berdosa.
Dari segi hukum, merokok itu haram. Menghisap rokok itu berdosa. Kalau babi pun orang takut nak makan sebab risau jadi darah daging, apatah lagi rokok. Sama sahaja.
Dalam pada itu, individu tersebut turut menyentuh mengenai cabaran dari aspek penguatkuasaan yang disifatkan sukar dilaksanakan walaupun terdapat saluran aduan seperti aplikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Nak ambil gambar dan muat naik di aplikasi KKM pun susah. Kadang-kadang badan penguat kuasa sendiri pun merokok.
Kenapa kempen menghindari rokok tak berjaya? Sebab industri rokok ini salah satu industri terbesar di dunia.
Sebagai seorang Islam, perlu tanam dalam diri bahawa merokok itu berdosa dan haram. Kalau ibu bapa nampak anak merokok, sila rotan dia.
Sumber: Threads
The post ‘Kenapa Perokok Tak Sabar Nak Hisap Rokok Selepas Makan Tanpa Hirau Orang Sekeliling?’ first appeared on OHBULAN!.





