25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Kadang-Kadang Maaf Lebih Kuat Dari Benar’ – Eira Syazira

    Shopee Sale

    Isteri kepada penyampai radio, Azad Jazmin iaitu Eira Syazira menyifatkan perkataan ‘maaf’ mempunyai kekuatan luar biasa selepas suaminya dipuji kerana memohon maaf atas dakwaan mempersendakan upacara agama lain.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Azad Jazmin Menangis Terkesan Kontroversi Persendakan Agama, Eira Syazira Titip Nasihat – ‘Setiap Ujian Mendidik Jiwa’

    Artikel Berkaitan: Isteri Beri Kata-Kata Semangat Untuk Nabil – ‘Anggap Ini Sebagai Peringatan Allah, Yang Mahu Kita Sentiasa MengingatiNya’

    ‘Kami terima maaf…’

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Eira atau nama lengkapnya Syazira Suhaimi yang juga pelakon berkongsi komen individu tersebut sambil mengepilkan gambar bersama Azad.

    Apa yang berlaku telah pun terjadi dan awak pun sudah meminta maaf. Kami (kaum India) juga menerimanya dari lubuk hati yang paling dalam.

    Kita juga manusia jadi sudah tentu kita melakukan kesilapan. Semuanya pasti akan menjadi lebih baik.

    ‘Semua orang buat kesalahan’

    Menjengah ke ruangan komen, segelintir orang ramai terutamanya daripada kaum India menitipkan kata-kata semangat buat pasangan tersebut.

    MENARIK:  - 'Mudahnya Manusia Sekarang Berbuat Dosa dengan Jual Perempuan' - Hot Daddy

    Baru-baru ini, kecoh di media sosial berkenaan video memaparkan Azad yang dipercayai meniru tarian kavadi sambil Nabil Ahmad menyebut ‘Vel Vel’ disusuli gelak tawa.

    Klip yang tersebar luas itu mengundang kritikan kerana didakwa telah menghina tradisi kaum Hindu.

    Bagaimanapun, Azad bersama dua lagi penyampai radio iaitu, Nabil Ahmad dan Radin tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas menyedari kesilapan yang dibuat.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Kadang-Kadang Maaf Lebih Kuat Dari Benar’ – Eira Syazira first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah